Sudah tiba musim untuk kit menanam
Lima idea yang menyeronokkan dan mudah untuk musim bunga yang lebih hijau (dan anda tidak memerlukan taman).


Taman gantung hidroponik anda
Aturkan keratan pokok menjadi taman dengan bantuan penyangkut kot. Dengan vas jernih gantung - atau gelas berbentuk tiub RIMFORSA - ia boleh juga dilihat sebagai karya seni. Lebih baik lagi, anda boleh melihat pertumbuhan anak pokok anda dengan cara yang mempesonakan.
Serikan rak rempah anda
Jika ruang anda terhad, gunakan unit rak dan tindan tinggi pokok anda. Jika anda sukar memilih pokok yang mahu ditanam - pilih tema! Seperti tomato, jalapeno, bawang putih dan ketumbar. Siap! Taman salsa menegak anda sendiri.
Taman rumah bawa pulang
Jadikannya amat mudah - biar taman kecil anda tumbuh di dalam beg yang anda bawa pulang. Cipta pasu gantung menggunakan beg FRAKTA kalis air kami yang kukuh. (Berhati-hati kerana mungkin bocor.)
Rumah hijau nanosaiz
Kongsi keajaiban melihat pokok bertunas daripada biji benih. Aturkan tapak semaian hiasan untuk seluruh keluarga dengan meletakkan bebola kapas lembap dan biji benih pilihan anda - kacang soya, kacang pea atau isirung - di dalam beg plastik bertampal (dibuat daripada bahan boleh diperbaharui).
Tidak bertangan dingin? Tiada masalah!
Menanam pokok mungkin bukan untuk semua orang. Namun begitu, kami ada bunga yang dijamin dapat kembang mekar.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: MÅrten Linton
Penulis: Henrik Annemark