Sudah tiba musim bunga dan anda boleh berkelah semula
Sekarang masanya untuk mengisi bakul dengan makanan dan minuman, kumpulkan teman-teman kegemaran anda dan langkah ke luar. Kami telah mencipta tiga kit berkelah yang mudah disediakan dengan sentuhan musim panas.


Karnival berdekatan
Kadang-kadang bakul lebih aneh daripada praktikal. Untuk perjalanan yang lancar, gunakan beg jinjit beroda XL FÖRENKLA yang mempunyai ruang yang lebih untuk keseronokan keluarga. Kelengkapan hidangan plastik kalis pecah boleh juga digunakan sebagai bahan karnival selepas meja dibersihkan.
Perjumpaan yang dibuat bersama-sama
Minta setiap tetamu menyumbangkan sesuatu - dan akhirnya anda ada banyak benda. Kongsi tanggungjawab: muzik, kusyen, minuman, pembuka selera dan lain-lain. Sedar-sedar sahaja, anda sudah ada pesta musim panas untuk semua.
Pesta muzik kecil
Anda tidak perlu pergi berkhemah untuk menikmati kehidupan khemah yang selesa dan mesra. Gantungkan fabrik di atas tali. Bawa makanan, minuman dan lampu berkuasakan bateri. Bentangkan duvet dan kusyen, dan mainkan lagu cinta kegemaran anda.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: MÅrten Linton
Penulis: Henrik Annemark