Langkau ke kandungan utama

Storan musim sejuk? Ruang membaiki basikal? Tempat selesa? Cipta tempat yang menggabungkan semuanya!

Ubah storan musim sejuk anda menjadi sesuatu yang berguna! Aturkan kemudahan storan anda untuk menyimpan barang-barang luar rumah anda, dan masih ada ruang untuk tempat mencari ketenangan setiap hari.

Bahagian dalam macam garaj dengan basikal tergantung di dinding, unit rak yang mempunyai barang-barang luar rumah; tempat duduk, kopi, pencahayaan suasana dan fungsian.
Bahagian dalam macam garaj dengan basikal tergantung di dinding, unit rak yang mempunyai barang-barang luar rumah; tempat duduk, kopi, pencahayaan suasana dan fungsian.

Khaskan tempat duduk anda

Kerusi-kerusi bertindan dan perabot luar lain merupakan kesempatan yang menanti anda. Walaupun jika kebanyakannya diaturkan untuk storan yang cekap, gunakan beberapa daripadanya untuk menghasilkan sudut rehat yang sangat berharga dan untuk meluangkan masa bersendirian.

Gunakan pencahayaan suasana anda untuk lebih lama

Cegah rantaian lampu anda daripada terbelit-belit yang menjengkelkan dengan tidak menggulungkannya. Biarkannya tergantung, menambah suasana yang membuat anda kembali untuk menikmatinya lagi.

Ruang untuk storan dan juga hiasan

Unit rak yang besar menyimpan amat banyak barang. Malah ia mungkin juga mempunyai sedikit permukaan kosong. Gunakannya untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan musim sejuk, dan tambah lilin LED untuk mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa.

Berfungsi, dapat dilihat, merdu

Pastikan peralatan anda dapat dilihat dengan papan penyepit yang boleh anda suaikan mengikut keperluan anda. Sudah tentu ia tidak seharusnya tentang kerja semata-mata. Gabungkan juga sedikit hiburan.

Bilik storan yang berselerak menggunakan ruang – dan tenaga anda. Memang berfaedah untuk mengaturkan barang-barang anda dengan kemas. Anda akan mempunyai ruang untuk aktiviti lain, selain ketenangan fikiran untuk menikmatinya.

Geneviève Jorn, pereka hiasan dalaman IKEA

Masa untuk merancang musim aktiviti luar anda

Cangkuk tidak sahaja mengalihkan basikal anda daripada menghalang laluan, ia juga menghasilkan pameran yang indah. Bersantai dan impikan tempat yang anda mahu pergi bersamanya apabila ia diturunkan dari tempat gantungnya.

Kedai untuk melakukan kerja-kerja pilihan anda

Sebarang ruang lantai kosong adalah ideal untuk perkara yang mesti dilakukan pada musim sejuk. Perabot yang mudah dialihkan, seperti troli beroda, memudahkannya untuk mengadakan ruang dan juga mengalihkan aksesori antara projek.

Penyelenggaraan yang prihatin

Mempunyai semuanya di tempat yang ditetapkan membuat kita masih bertenaga. Gunakannya untuk mengusahakan hal yang anda sukai, berhenti untuk menikmati kopi sekali-sekala – dan musim sejuk akan berlalu tanpa disedari.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Geneviève Jorn
Jurugambar: Emma Engkvist
Penulis: Henrik Annemark