Langkau ke kandungan utama

Selamat tinggal pembaziran, helo kelazatan

Sama ada makanan yang tidak dihabiskan atau satu lagi beg daun salad yang terlupa dimakan di dalam peti sejuk, pembaziran makanan menjejaskan planet dan juga wang kita. Walau bagaimanapun, dengan perubahan penetapan minda, sedikit teknik pengendalian makanan dan beberapa produk yang sungguh pintar, kita semua dapat membantu menghapuskan pembaziran buat selama-lamanya bermula saat ini.

Makan bermula dengan penglihatan

Hukum pertama pembaziran makanan: jika anda dapat melihatnya, anda akan makannya. Sebab itulah storan makanan yang kemas dan lut sinar adalah sangat penting. Ia membantu anda mengetahui makanan yang anda ada, jadi anda akan menggunakannya sebelum ia luput dan tidak perlu membuat perjalanan tambahan ke pasar raya.

Penyejuk beku merupakan rakan anda

Jadi, anda sudah ada rancangan lain untuk makan malam apabila anda ternampak sayur-sayuran yang sudah tidak berapa segar lagi di laci bawah peti sejuk. Apakah yang patut dilakukan? Mudah sahaja: jangan buangkannya ke dalam tong sampah. Sebaliknya, potongnya, letakkannya ke dalam beg boleh kedap semula (dibuat daripada plastik yang mengandungi sekurang-kurangnya 85% bahan boleh dibaharui) dan bekukannya. Teksturnya akan berubah sedikit selepas cair, tetapi masih baik untuk sos, sup, stew, malah smoothie. Dan masih juga berkhasiat.

Berikan sedikit masa

Penyejuk beku bukanlah satu-satunya cara yang dapat menyelamatkan makanan segar daripada dibuang ke dalam tong sampah. Untuk hampir setiap buah, sayur atau herba yang dapat anda fikirkan, ada sekurang-kurangnya satu jeruk, awet atau pesto yang boleh anda buat dengannya. Anda boleh juga menggunakan herba, bawang putih, cili dan buah lemon untuk menyeduh minyak masak, yang akan memuaskan deria rasa anda kemudian hari.

Herba yang ditanam sendiri

Herba yang dijual di kedai adalah mahal, tidak tahan lama dan hampir selalunya dibungkus dengan plastik yang berlapis-lapis. Walaupun anda tidak ada kebun, ambang tingkap yang disinari cahaya matahari merupakan satu-satunya ruang yang anda perlukan untuk mula menanam herba anda sendiri. Dapur anda juga akan kelihatan lebih indah.

Bahan buangan seseorang tukang masak merupakan bahan penting tukang masak lain

Kita semua tahu bahawa betapa bazirnya membuang sayur-sayuran yang masih baik, tetapi bagaimana pula dengan sisanya? Selain merebusnya sebagai sup, tahukah anda bahawa daun bawang, daun bawang kucai dan banyak lagi sayur-sayuran boleh tumbuh semula sepenuhnya? Hanya letakkan tapak berakar sayur itu ke dalam balang berisi air, dan lihatnya tumbuh semula.

Jalan terakhir

Jika anda betul-betul tidak dapat mengelakkan pembuangan keluaran yang segar (kerana kehidupan), perkara yang kedua terbaik yang dapat lakukan ialah mengasingkannya di dalam tong sampah anda. Daripada mengambil masa bertahun-tahun untuk terurai di tapak pelupusan sampah, sisa makanan dapat diubah menjadi kompos yang berzat. Jika pengitaran semula tidak disokong di kawasan anda, tidak mustahil untuk membuat tong kompos anda sendiri di rumah, bahkan di dalam pangsapuri.

Apabila anda berada di luar

Mengurus bahan buangan di rumah adalah satu perkara, tetapi apabila berada di luar dan tidak bersedia adalah satu perkara lain kerana itulah masanya kesilapan sering berlaku. Botol dan beg plastik guna sekali merupakan dua item plastik yang tanpanya, dunia kita akan menjadi lebih baik. Dengan membawa bersama kepunyaan anda ke mana sahaja anda pergi, ia akan menjadi semakin mudah untuk mengelakkannya.