Langkau ke kandungan utama

Sedikit petua untuk memulakan semula cara anda mengurus keadaan berselerak di rumah

Apabila ditanya, 39% daripada kita mengaku bahawa rumah yang berselerak menjengkelkan kita sekali seminggu atau lebih. Singkirkan keselerakan! Aturkan semula dan segarkan semula dengan idea-idea bijak ini.

Stoking di pengering gantung berwarna biru, penyepit dan penyangkut di ampaian pakaian berlatarbelakangkan dinding jubin berwarna kuning.
Stoking di pengering gantung berwarna biru, penyepit dan penyangkut di ampaian pakaian berlatarbelakangkan dinding jubin berwarna kuning.

Aksesori pintar memperkemas storan terbuka

Cipta sudut tenang dengan mengatur barang-barang yang anda perlu simpan di situ. Buat perabot yang ada berfungsi dengan lebih pintar menggunakan penambahan storan berguna seperti sisipan laci dan kotak.

Sediakan hidangan untuk minggu depan

Sama ada anda menyediakan hidangan sekali seminggu atau menyimpan lebihan makanan untuk keesokan harinya - storan makanan ialah kunci untuk memudahkan lagi kehidupan, menjimatkan masa dan meminimumkan pembaziran. Gunakan penutup (dan bukan selaput lekap) untuk mengedap kesegaran. Pilih bekas kaca jernih supaya anda mudah melihat kandungannya - ia boleh juga digunakan dari penyejuk beku ke ketuhar.

Kotak untuk mengatur dari dalam ke luar

Storan tidak semestinya hodoh. Simpan barang-barang berdekatan dengan kotak RABBLA baharu yang bergaya - dibuat daripada poliester kitar semula dan buluh boleh diperbaharui. Aksesori yang lebih kecil boleh diatur dengan kemas di dalam petak berbilang bahagian, dan kemudian kotak yang boleh ditindan dapat disorokkan dengan kemas di dalam almari pakaian atau kabinet.

Segarkan semula keseimbangan budaya kerja anda

Mengaturkan barang keperluan harian menjadi pameran indah dengan penambahan belebas gambar boleh mengubah meja yang berselerak menjadi ruang kerja yang memberikan inspirasi. Kotak storan KUGGIS berwarna pastel dan bergaya bermakna mudah untuk menyimpan alat tulis, kertas kerja dan bahan keperluan lain - semuanya ada di situ apabila anda sedia untuk menyambung semula kerja.

Mudahkan kerja mencuci

Tambah bakul TORKIS dan pengering gantung PRESSA kepada kit cucian anda untuk memudahkan anda membawa cucian dari satu tempat ke tempat lain, dan mengesan item lebih kecil seperti stoking. Pengeringan udara menggunakan kurang tenaga berbanding dengan mesin pengering, jadi gantungkan PRESSA di ampaian cucian anda atau di tempat bercahaya matahari, kemudian jimatkan ruang dengan melipatnya apabila tidak diperlukan.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.