Sarung kusyen yang mempunyai misi
Melalui projek yang dipanggil Inisiatif Usahawan Sosial IKEA, kraf tangan unik diperkenalkan kepada khalayak seluruh dunia. Yang penting lagi, ia memberikan mata pencarian dan pekerjaan kepada artisan yang sering mempunyai akses yang sangat terhad kepada pasaran buruh.


Mewujudkan pekerjaan di kawasan luar bandar
Rangsutra, sebuah syarikat di India, melibatkan komuniti seramai lebih daripada dua ribu tukang, lebih kurang separuh daripada itu terlibat dalam pengeluaran untuk IKEA. Syarikat tersebut membantu mengukuhkan ekonomi tempatan, menyediakan pekerjaan untuk artisan luar bandar yang tidak mempunyai banyak peluang untuk menyara hidup – kumpulan yang didominasi oleh wanita. Kerja mereka turut menyumbang ke arah memastikan tradisi dan kemahiran berterusan.
Kebanyakan rakan sekerja Rangsutra juga merupakan pemegang saham. Seperti semua pembekal IKEA, amat penting agar organisasi tersebut mematuhi tuntutan yang tegas terhadap persekitaran kerja yang baik, waktu kerja yang tetap dan upah yang sewajarnya.
Di sini kita melihat tukang wanita Sahji menambah perincian bersulam pada fabrik yang akan dijadikan sarung kusyen. Imej di atas menunjukkan pengurus program, Dr. Dipti, berdiri di hadapan sekumpulan tukang jahit Rangsutra.
Seluruh misi kami di sini ialah untuk membolehkan kaum wanita memperkasakan diri mereka dan masa hadapan anak-anak perempuan mereka dengan mengurus nasib mereka secara berdikari.”
Dr. Dipti, PhD dan pengurus program di Rangsutra
Reka bentuk yang meninggalkan tanggapan berpanjangan
Dua sarung kusyen yang dihasilkan oleh Rangsutra kini boleh didapati di IKEA. Corak tersebut sebenarnya dibuat menggunakan fokus teknik yang berbeza: sulaman untuk MOAKAJSA dan tenunan tangan untuk KLARAFINA. Kedua-duanya dihias dengan rambu buatan tangan.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.