Rumah yang berubah mengikut anda
Biarkan campuran perabot yang fleksibel menghasilkan ruang yang mudah disesuaikan mengikut perubahan keperluan keluarga anda. Dapatkan inspirasi daripada kediaman ini yang direalisasikan oleh Åsa Dyberg untuk katalog IKEA 2019.


Luangkan masa bersama-sama untuk mengeratkan hubungan
Di flat ini, Åsa mahu mencipta ruang yang selesa dan fleksibel untuk keluarga yang mempunyai anak remaja.
“Pastikan semua orang berasa selesa dengan memilih katil sofa yang besar dilengkapi kusyen belakang mudah alih supaya anda mudah menukar dan menyesuaikan tempat sandar dan kedalaman tempat duduk mengikut gaya duduk anda sama ada anda mahu duduk atau baring,” ulas Åsa.
Sofa ini juga mempunyai ruang storan yang besar di bawah kerusi untuk anda menyimpan tilam. Jadi, ia boleh digunakan untuk rakan yang tidur di rumah anda.
Ubah persekitaran serta-merta
“Gunakan sistem pencahayaan pintar supaya anda mudah memalapkan atau mengubah warna pencahayaan mengikut penggunaan anda. Ia mudah digunakan. Contohnya, anda boleh ubah tahap pencahayaan tanpa perlu bergerak daripada sofa dan hanya guna alat kawalan jauh. Padankan beberapa panel LED sehingga anda menemui suasana yang sesuai dengan ruang anda. Semua ini berfungsi dengan baik di dalam ruang gelap yang memerlukan pencahayaan tambahan.” (Gunakan alat kawalan jauh TRÅDFRI untuk mengawal maksimum 10 panel lampu LED.)
Gunakan perabot pelbagai guna yang mudah diatur semula dan dialihkan mengikut mood dan situasi anda.”
Åsa Dyberg, pereka hiasan dalaman
Pilih perabot yang fleksibel
“Gunakan perabot pelbagai guna yang mudah diatur semula dan dialihkan mengikut mood dan situasi anda. Anda mudah mencipta rumah gaya terbuka dengan pelbagai fungsi berbeza dan bukan hanya satu bilik. Jika anda menggunakan pelbagai meja sisi yang ringan dan bukan satu meja kopi yang besar, barangan kegemaran anda akan berada berdekatan anda tidak kira di mana pun anda berada di dalam bilik itu,” ulas Åsa.
Paparkan dan aturkan barang anda menggunakan storan pintar
“Storan mudah diakses memudahkan anda mengemas. Kami sarankan agar anda menyediakan kompartmen untuk setiap orang supaya mereka boleh menjaga barang mereka sendiri. Saya sangat suka unit rak ini kerana ia boleh digunakan secara menegak atau mendatar. Anda pasti terasa seakan-akan mendapat ruang storan dan juga saidbod.” (Jangan lupa untuk memasangnya di dinding.)
Mari berkenalan dengan pulau dapur pelbagai fungsi
“Rumah ini mempunyai pulau dapur yang besar yang bukan sahaja tempat untuk menyediakan dan memasak makanan, ia juga tempat untuk duduk dan makan,” kata Åsa. “Ketika bukan masa makan, keluarga ini menggunakan pulau meja ini sebagai ruang untuk bekerja, mengisih pakaian atau membuat kerja sekolah.”
Memasak penuh keseronokan
“Persediaan dan penyimpanan makanan dilakukan di ceruknya sendiri untuk mencipta ketenangan dan harmoni kerana banyak perkara berlaku di ruang yang kecil.”
Cipta tempat tidur yang menenangkan dan selesa
“Satu petua pintar ialah anda boleh menggunakan skema warna yang berbeza untuk memisahkan ruang yang berbeza. Di sini, kami menggunakan banyak tona gelap dan semula jadi untuk mencipta suasana yang intim dan tenang. Tingkatkan tahap keselesaan anda dengan aksesori yang fleksibel, seperti pencengkam dinding boleh gerak supaya anda boleh membaca dengan betul.”
Bilik almari pakaian yang mesra dan teratur dengan baik
Penyelesaian storan terbuka untuk pakaian anda menggunakan buluh yang berdaya tahan dan aluminium yang ringan. Ini bermakna anda boleh melihat semuanya sekali imbas. Pilih dan gabungkan bahagian yang sesuai dengan keperluan dan ruang anda. Fungsi klik memudahkan anda memisahkan dan menyusun semula.
Semua gambar diambil daripada Katalog IKEA 2019