Ruang untuk semuanya dalam hidup anda
Optimumkan ruang kecil (atau besar) anda dengan sofa FLOTTEBO! Ia akan menjadi pusat semua aktiviti kegemaran anda termasuk tidur dan bermimpi.


Semua barang yang anda perlukan di satu tempat
Pada siang hari, FLOTTEBO menjadi ruang istirahat yang ideal untuk makan, bersosial, mengait atau menikmati hobi kegemaran anda. Kusyen mudah alih boleh diletakkan di mana-mana sahaja di atas sofa, sama ada anda mahu duduk bersandar dan berehat bersama rakan, meletakkan kaki di atasnya, atau berbaring untuk masa bersendirian pada waktu tengah hari. Meja sisi boleh pusing boleh dijadikan tempat meletakkan alat kawalan jauh, komputer riba atau menjadi sangga sisi katil.
Ruang tidur peribadi anda juga
Pada waktu malam, katil sofa berbilang fungsi dan serba guna mudah sahaja ditukar menjadi katil yang selesa. Storan besar di bawah katil mempunyai ruang yang luas untuk menyimpan sarung bantal dan cadar. Ada lebih banyak storan di bawah katil yang memudahkan anda menyimpan barang anda supaya lebih tersusun atur dan jauh daripada pandangan tetamu tidak dijangka. Jadi, peralatan mengait, bakul barang jahitan, dan “kotak waktu malam” yang mengandungi topeng mata, fon kepala dan snek lewat malam tersembunyi dan mudah dicapai.
Apabila ruang anda kecil, pemilihan satu perabot yang fleksibel dan besar adalah pilihan yang baik. FLOTTEBO menjadi hab semua aktiviti… termasuk pengecasan peranti elektronik.”
Gretchen Broussard, pereka hiasan dalaman IKEA
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: Martin Inger
Penulis: Vi Cooper