Rasa baharu semula musim ini

Rasa baharu semula dengan tekstil berwarna cerah dan berangin. Dengan sedikit pengaturan tambahan. Dengan penampilan baharu yang segar! Rangkaian musim ini kami yang penuh dengan sentuhan berinspirasikan alam semula jadi dan pilihan dalam rumah yang berwarna-warni mempunyai segala-gala yang mungkin anda perlukan untuk menghidupkan semula rumah anda - waktu yang tepat untuk raya.

“Nampaknya memang wajar bahawa tumbuh-tumbuhan harus mempunyai kesan yang tenang pada kita. Alam semula jadi… ialah tempat bagi spesies kita, ia merupakan rumah kita.”

Anna María Pálsdóttir, penyelidik di Universiti Sains Pertanian Sweden

Membaharui rumah anda tidak perlu bermaksud membersihkannya habis-habis secara besar-besaran. Menambah vas boleh jadi sesuatu yang mudah sekali tetapi berkesan untuk menghasilkan sedikit warna, atau amat mudah untuk mengubah bahagian hadapan dapur kita dengan warna baharu yang sesuai mengikut musim.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.