Langkau ke kandungan utama

Rak anda, personaliti anda

Barangan yang kami pilih untuk pameran boleh menunjukkan identiti kita dan barangan kesayangan kita. Ini cara untuk mencipta tiga ruang rak yang menggabungkan storan mudah dengan citarasa personaliti yang unik.

Cahaya pencengkam dinding HEKTAR ala desa akan menonjolkan pameran kegemaran anda, seperti koleksi batu unik ini.
Cahaya pencengkam dinding HEKTAR ala desa akan menonjolkan pameran kegemaran anda, seperti koleksi batu unik ini.

Ahli geologi

Batu dan hablur cantik terlalu menakjubkan. Sayang sekiranya anda tidak menunjukkannya. Jadi peragakannya dalam pelbagai cara: di dalam bekas pameran kaca dan kubah klasik yang boleh melindungi dan mengelakkannya daripada berhabuk, balang dan vas berlainan saiz, atau secara terbuka di atas rak bergaya industri yang berkontras dengan bentuk semula jadi dan organik.

Kaki muzik

Simpan dengan baik alat-alat vintaj, rekod, dan helaian muzik dan anda pasti boleh menghasilkan muzik yang merdu selama bertahun-tahun akan datang. Sebuah kabinet kaca dapat mempamerkan item anda sambil memastikannya bebas habuk serta cahaya semula jadi dapat menonjolkannya.

Pengembara dunia

Semua barangan kecil dan unik yang anda kumpul bertahun-tahun daripada pengembaraan anda? Ia berhak dipamerkan kerana ia menceritakan kehidupan anda. Sebuah rak mudah dengan garis halus dapat menonjolkan semua barang ini. Manakala, kotak-kotak kecil digunakan untuk menyimpan barang seperti gambar, peta, dan risalah secara kemas.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Pernilla Åsberg
Jurugambar: Daniel Hertzell
Penulis: Vi Cooper