Langkau ke kandungan utama

Raikan tahun baru Cina

Bagi mereka yang mencari alasan untuk berkumpul pada musim perayaan, idea ini khas untuk anda. Pada awal bulan Februari, kalendar Cina meninggalkan tahun anjing dan memulakan Tahun Khinzir. Ini idea kami untuk perayaan ini.

Penyediaan ruang hidang menggunakan beberapa landas cencang RIMFORSA buluh ialah salah satu idea untuk mencipta atmosfera yang betul.
Penyediaan ruang hidang menggunakan beberapa landas cencang RIMFORSA buluh ialah salah satu idea untuk mencipta atmosfera yang betul.

Hidangan anda, peraturan anda

Apabila anda meminjam tradisi berharga untuk tujuan anda sendiri, mendapatkan inspirasi lebih penting daripada risau tentang butirannya. Lezhi Wu, pekerja IKEA dan anak kelahiran China, memberitahu kami: “Sudah menjadi kebiasaan ketika perjumpaan keluarga seperti ini kami duduk di meja bulat.” Namun begitu, kelompok meja kopi segi empat sama NYBODA pun boleh juga digunakan.

Membingkai mood

Memandangkan warna utama perayaan ini ialah merah dan emas, hiasan sudah mempunyai tema dari awal. Penggunaan bingkai ialah cara yang mudah fleksibel untuk menambah mood. Baki kertas bungkusan pun tampak seperti seni terancang.

Perayaan selama dua minggu

“Perayaan tahun baru cina berlangsung melebihi dua minggu,” sambung Lezhi Wu, “dan tetamu dialu-alukan pada bila-bila masa. Sebagai persediaan,beli banyak snek lazat, buah limau mandarin serta sentiasa memastikan anda ada teh.”

Menyediakan meja

Landas cencang buluh RIMFORSA dan kayu penyepit menambah sentuhan istimewa di meja. (Sampul merah ialah tradisi orang Cina yang lebih khusus dan kerap mengandungi sedikit hadiah.) Dengan ini, selamat menyambut Tahun Khinzir yang makmur.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: Fredrik Bjelkerud
Penulis: Henrik Annemark