Raikan permulaan baharu anda

Di manakah anda mahu belajar hari ini: di atas kerusi, di atas katil sofa atau bangku berkusyen?

Raikan permulaan baharu anda

Pindah keluar, pindah masuk dan teruskan kehidupan. Adakah anda bersiap sedia untuk kembali ke sekolah atau kolej? Atau adakah anda akan mendapat bilik sendiri? Mungkinkah anda berpindah keluar dari rumah keluarga anda buat kali pertama? Pasti anda sudah jelas membayangkan rupa rumah baharu anda. Jangan risau, ia pasti akan berubah menjadi tempat yang menakjubkan. Cuba anda bayangkan: ruang anda yang tersendiri. Anda yang menetapkan peraturan rumah anda. Kami di IKEA boleh membantu memberikan inspirasi dan penyelesaian untuk idea anda. Berseronoklah!

Super tersusun atur = Super harmoni

Anda menggunakan senarai semak, perancang dan jadual sebagai item penting untuk mencapai kejayaan? Kami faham. Kami ada semuanya. Kami ada semua item yang anda perlukan untuk kekal harmoni. Kehidupan ini penuh kucar-kacir. Penggunaan penyusun atur dan tugasan boleh mengelakkan anda daripada ketinggalan.

Anda bebas. Anda boleh belajar di mana-mana sahaja.

Bukankah tiada rutin adalah rutin terbaik? Pada pendapat kami, pengetahuan paling penting tidak kira apapun cara atau masa anda belajar. Di IKEA, anda boleh mencari semua yang anda perlukan untuk menukar ruang belajar anda menjadi ruang yang mengagumkan. Hidup anda. Peraturan anda.

Padankan satu unit rak KALLAX berwarna kuning dengan dua troli RÅSKOG berwarna putih untuk ruang storan berwarna-warni yang banyak dan fleksibel.

Dapatkan semuanya:

Perbualan dan karangan. Belajar ikut cara anda.

Hubungan karib: anda dan kru anda. Walaupun anda perlu belajar, sediakan ruang untuk rakan-rakan, kopi, buku dan pen. Sediakan ruang untuk kehidupan. Hidup anda. Peraturan anda.

Dapatkan semuanya:

Ringankan kehidupan pelajar yang berat.

Siapa kata anda tidak boleh duduk selesa ketika belajar? Merangkak naik ke atas katil dengan buku dan komputer riba anda. Tiada gangguan dan tiada drama. Bekerja keras sambil memakai pijama anda.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.