Langkau ke kandungan utama

Projek mudah untuk “duduk di rumah” pada hujung minggu

Ramalan kalendar hari Ahad ini: jelas dengan peluang untuk tidur sekejap pada waktu tengah hari! Untuk hujung minggu apabila anda ada sedikit masa lapang – dan banyak laci untuk dikemas – idea penambahbaikan rumah yang menghilangkan kebosanan ini bersedia menanti anda.

Mula bertukang

Berikan langsir anda panjang lebih sedikit atau wajah baharu dengan fabrik blok warna dan pita sembat seterika.

Seronok dibuat dan tidak memakan belanja yang banyak, panel dinding DIY ini merupakan fabrik meter yang dilekatkan pada rangka kayu dengan kokot jantan.

Rumah yang rasanya milik anda ialah rumah yang anda akan sentiasa sukai. Sedikit cat (atau kertas dinding) merupakan cara yang pantas untuk memperibadikan lagi perabot kayu anda.

(Akhirnya) letakkan barang-barang di dinding

Sediakan tempat membuat kopi/teh peribadi anda! Segala-gala yang anda perlukan untuk menikmati minuman pagi anda, semuanya tergantung pada satu rel yang mudah dicapai.

Set makan malam yang indah tidak perlu disorokkan di dalam kabinet antara hidangan. Menggunakan belebas gambar dan dawai langsir, anda dapat mencipta rak pameran anda sendiri dalam sekelip mata.

Langkah pertama bayi. Pengijazahan. Satu-satunya gambar yang tidak seorang pun yang matanya berkedip. Kenapa tidak mengambil masa ini untuk membingkaikan dan mempamerkan kenangan keluarga kegemaran tersebut?

Ambil perhatian semua kutu buku! Anda mungkin tidak ada ruang untuk sebuah lagi rak buku yang besar, tetapi salah satu tindanan buku ini dapat ditambah hampir di mana-mana sahaja.

Cangkuk (dan lebih cangkuk), rak kasut dan bakul: tiga item kecil yang boleh anda tambah pada ruang depan anda untuk mengurangkan rasa tertekan semasa waktu pagi dan petang yang sibuk.

Mula memasak

Bolehkah anda fikirkan tentang rumah yang tidak akan bertambah ceria dengan bau harum kuih yang baru dimasak? Kami pun begitu.

Jeruk, jem dan awet buatan sendiri berguna jika ada di pantri, nampak hebat apabila dipamerkan, malah merupakan hadiah yang lebih baik.

Pastikan keadaan teratur

Urus pengasingan sampah anda. Tong yang sesuai ini datang dalam pelbagai saiz agar muat di pelbagai ruang: alasan yang hebat untuk mula mengitar semula jika anda masih belum mengamalkannya.

Selepas berminggu-minggu (atau berbulan-bulan) bermain setiap hari, patung dinosaur ini patut menerima rawatan spa. Kanak-kanak tidak dibenarkan? Gantikan dengan kasut sniker, berus solek atau apa-apa saja yang perlu dibasuh sebersih-bersihnya.

Penyatuan semula stoking yang tidak terkawal perlu dilakukan buat sekian lama. Urus laci stoking/pakaian dalam/apa saja yang dapat anda fikirkan di bilik tidur anda dengan cara lipat yang pintar dan kotak penyusun atur yang lebih pintar ini.

Laci sarap: setiap rumah ada satu, kan? Sekarang masa untuk mengurusnya dengan penyusun atur dan dulang pembahagi – jadi anda pasti akan mengetahui tempat letak segala-galanya (tanpa perlu mencari-carinya).

Berehatlah

Salah satu perkara yang paling baik untuk dilakukan pada hujung minggu: tidak melakukan apa-apa! Tidaklah perlu produktif pada setiap hujung minggu – manjakan diri anda dan berehat dengan secukupnya untuk minggu yang akan datang juga sama pentingnya. Bagaimana dengan tidur sekejap pada waktu tengah hari?