Langkau ke kandungan utama

Produk harga terendah kami yang ajaib

Ia mempunyai kuasa untuk mengubah almari anda, memuatkan fungsi yang maksimum ke dalam ruang yang minimum, memudahkan lagi kehidupan, malah menyorokkan barang-barang. Tidaklah betul-betul ajaib, tetapi hampir. Di bawah anda akan menemui beberapa produk kami yang berguna untuk rumah anda, dengan harga serendah RM14.90.

Bukan sahaja untuk pinggan mangkuk

Bekas pinggan yang disesuaikan sebagai tempat letak pintar untuk bil dan kertas kerja pada harga sangat rendah RM14.90. Siapa tahu?

Pengaturan sedia bawa

Bakul ini bukan sahaja menyimpan barang-barang anda, tetapi juga sangat mudah dikemaskan atau dibawa bersama ke mana sahaja anda pergi.

Penuh dengan keseronokan dan permainan

Hanya berharga RM16.90, kotak storan untuk kanak-kanak ini akan turut membuatkan orang dewasa tersenyum.

Benda-benda kecil yang indah

Tempat paling indah untuk barang kemas dan aksesori paling indah anda pada harga yang sama hebatnya RM29.90. Hebat.

Aksesori almari pakaian yang ajaib

Skarf, barang kemas, beg, tali leher... jika kami menyenaraikan semua yang dapat digantungkan pada penyangkut pelbagai guna ini, kami mungkin akan berada di sini sepanjang hari.

Idea yang terhasil agar melekat

Storan bilik mandi tanpa penggerudian memang disukai oleh tuan rumah dan tidak memakan belanja.

Helo cangkuk, selamat tinggal cangkuk

Cangkuk tambahan yang berguna apabila anda memerlukannya, lenyap apabila tidak diperlukan.

Storan tanpa penggerudian di pintu

Tidak perlu membuat lubang di pintu anda, tidak perlu menjejaskan akaun bank anda.

Storan di setiap permukaan

Anda boleh mempunyai rel, para atau kabinet. Atau hanya satu daripada ini: storan sangat pintar untuk semua saiz rumah dan belanjawan.

Kasut dan banyak lagi kasut

Bukan satu atau dua, tetapi sehingga tiga tingkat storan pengurusan ruang depan, hasil daripada rak kasut ini pada harga hanya RM14.90.

Sukainya, baikinya, simpannya

RM29.90: pelaburan sangat kecil sekarang untuk penjimatan sangat besar pada jangka panjang. Kerana anda sudah pun memiliki produk yang paling berpatutan harganya. Jaganya dengan baik!