Petua pereka bentuk: menambah sentuhan terakhir
Salah satu bahagian yang mudah dilupai (tetapi tidak seharusnya) semasa menghias rumah anda ialah menambah barang-barang yang mempunyai betul-betul satu tugas – untuk menggembirakan anda. Kami dapat menawarkan keindahan yang berfungsi dalam bentuk kotak, lampu, vas, bakul dan banyak lagi. Namun objek-objek peribadi yang benar-benar membuat rumah anda mempamerkan personaliti anda mungkin sudah pun ada di dalam almari dan laci anda.
Idea untuk pemandangan yang kemas
Walaupun dinding ini sibuk, ia masih menimbulkan tanggapan yang tenang hasil daripada susun atur simetri dan skema warna neutral yang lembut. Langsir menyembunyikan TV apabila tidak digunakan, dan banyak kotak berwarna putih menyimpan barang-barang dengan teratur dan menyembunyikan objek-objek yang berselerak sambil hampir-hampir tidak dapat dilihat pada dinding.
Hias macam pakar
Sedikit petua untuk membantu memudahkan lagi penciptaan komposisi yang seimbang:
- Pilih skema warna.
- Gabungkan bahan selain bentuk bulat dan lurus.
- Buat dasar berat.
- Gunakan ketinggian yang berbeza-beza untuk mendapat bentuk tiga segi.
- Tambah sumber cahaya – komposisi anda akan kelihatan berbeza pada waktu-waktu yang berbeza. Berseronoklah!
Perkara yang paling penting ialah melakukan sesuatu yang anda benar-benar suka kerana hanya anda sendiri tahu perkara yang menggembirakan anda.”
Asas dinding seni
Jika anda mahu penampilan terselaras untuk dinding seni anda, pilih skema warna yang secocok dengan bahagian-bahagian lain ruang tersebut. Jarakkan visual yang lebih menonjol secara seimbang dan tambah yang lebih kecil di antaranya, mengekalkan jarak yang sama di antara semua bingkai. Cermin dan objek tiga dimensi menghidupkan dinding seni anda.
Simpan dengan indah
Belebas gambar sangat sesuai untuk bingkai tetapi juga untuk berseronok melihat kulit buku atau set makan malam – atau hanya menyimpan item-item harian yang indah yang sukar dimuatkan ke dalam almari. Para ini membolehkan anda menyusun semula pemandangan anda seberapa kerap yang anda sukai tanpa mengukur atau menebuk lubang pada dinding (selain lubang yang ada untuk para itu sendiri).
Pengurus rumah yang selesa
Satu atau dua kerusi rotan. Bakul yang dibuat daripada bahan semula jadi. Bersama dengan lampu, kusyen, tumbuh-tumbuhan dan alas, semuanya merupakan bintang handalan yang dapat mengubah suasana rumah agar sesuai dengan perasaan anda. Keindahan praktikal yang menjadikan ruang anda nyaman dan selesa pada harga sangat berpatutan.
Jadi kreatif dengan tumbuh-tumbuhan
Jika anda suka tumbuh-tumbuhan, inilah petua untuk komposisi yang mudah namun indah: bereksperimen dengan para pada pelbagai ketinggian dan pilih tumbuh-tumbuhan dengan daun yang berlainan saiz dan bentuk sementara mengekalkan tema warna yang ringkas apabila memilih pasu.
Cara mencipta keseimbangan
Terlalu semak? Buat pemilihan barang-barang yang hendak dipamerkan dan pilih objek-objek lurus dengan permukaan rata dan licin. Terlalu dingin dan agak membosankan? Tambah objek-objek yang bulat, melengkung atau tidak sekata. Gunakan perincian organik dan ketinggian yang berbeza-beza untuk mewujudkan suasana yang lebih mesra.
Pamerkan barang-barang anda yang bernilai
Jangan sorokkan barang-barang yang menggembirakan anda! Periksa seluruh rumah anda dan kumpulkan semua item yang anda betul-betul suka dari laci dan almari – botol kaca, memorabilia, vas, batu atau apa-apa sahaja – dan letakkannya di tempat yang anda dapat berseronok melihatnya setiap hari.
Menggunakan perabot sebagai kanvas
Set para berbentuk segi empat sama yang minimalistik ini ialah kombinasi storan terbuka untuk barang-barang yang anda mahu lihat dan storan tertutup untuk selebihnya – kanvas yang sempurna untuk mempamerkan gaya anda. Pokok, vas yang melengkung dan kotak bulat menambah kehangatan dan kespontanan, mewujudkan penampilan yang seimbang dan menarik.