Pengubahsuaian ruang tamu boleh guna menggunakan tekstil
Tekstil baharu ialah cara berkesan untuk meningkatkan rupa rumah anda. Lihat di sini untuk melihat beberapa perubahan mudah yang boleh menyegarkan semula ruang tamu anda berulang kali! Bukan itu sahaja Anda juga boleh menyimpan item musim seterusnya di dalam perabot ini.


Ceruk selesa anda di tingkap
Setiap masa adalah masa sesuai untuk duduk di chaise longue GRÖNLID yang besar. Ditambah dengan tekstil yang lembu dan hangat serta kulit biri-biri LUDDE, anda pasti terasa musim sejuk cepat berlalu. Dengan ketibaan musim bunga, ia juga boleh membantu anda membuat pembaharuan bermusim (teruskan membaca).
Anda sedang duduk di atas item musim seterusnya
Selain sarung yang boleh ditukar, GRÖNLID boleh dibuka untuk menyimpan banyak barang secara tersembunyi. Ruangnya begitu luas sehinggakan kit gaya ruang tamu anda boleh disimpan di dalamnya sementara menunggu musim baharu.
Penukaran antara dua set sarung dan langsir ialah cara yang mudah dan mampu milik untuk mencetuskan perasan pembaharuan berulang kali. Selain itu, tekstil anda juga akan bertahan lebih lama.”
Elin Stierna, pereka hiasan dalaman IKEA
Perubahan bermusim berbaloi diulang
Raikan musim bunga dengan perubahan mood dan warna. Hanya bertukar kepada set sarung yang lain untuk kesan yang besar. Ini termasuk langsir, ambal dan alas lebih lembut. Bilik anda akan terasa seperti baharu.
Fabrik lebih lembut dan warna lebih garang
Penampilan dan suasana bilik penting sepanjang tahun. Namun begitu, musim berbeza memerlukan keperluan berbeza. Pada musim bunga, gunakan skema warna lain dan tekstil kurang hangat. Dengan menggabungkan langsir nipis dan tebal seperti SANELA dan TIBAST, anda mudah bertukar daripada tujuan penebatan kepada membiarkan cahaya matahari bersinar masuk.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Fredrik Sweger
Penulis: Henrik Annemark