Langkau ke kandungan utama

Pancuran bilik mandi anda – spa berdiri

Bilik mandi yang kemas ialah tempat yang tenang dan selesa. Tingkatkan lagi perasaan itu dengan mengubah pancuran anda menjadi spa rumah. Anda tidak perlukan tab mandi pun.

Bilik mandi dengan cermin berkabut di sebelah pancuran dengan aksesori dan seberkas ranting eucalyptus tergantung pada cangkuk.
Bilik mandi dengan cermin berkabut di sebelah pancuran dengan aksesori dan seberkas ranting eucalyptus tergantung pada cangkuk.

Jadikan eucalyptus pancuran anda segar

Bermandi air panas di dalam tab mandi tidaklah sentiasa merupakan pilihan – dan tidak semestinya perlu. Pancuran boleh jadi memadai untuk mencipta hammam anda sendiri (menggunakan kurang air pada masa yang sama). Hanya gantungkan sedikit eucalyptus dalam pancuran dan biarkan keharumannya yang menyegarkan tersebar dalam udara lembap.

Beg barangan peribadi anda

Masa bersendirian di dalam bilik mandi boleh merupakan hak istimewa sekejap sahaja. Untuk kecekapan, adakan kit yang sedia digunakan. Hanya buka kotak anda – yang dilengkapi dengan penyental, lilin wangi atau apa-apa sahaja yang diperlukan – dan alami detik itu. Selepas itu, ia dikembalikan ke dalam kotak dan menunggu sesi baharu.

Sememangnya keindahan semula jadi

Terdapat lebih banyak cara untuk menjadikan spa rumah anda berbeza (tetapi sama baiknya). Malah anda boleh bermula di dapur. Biarkan baki keladak kopi yang kaya dengan nutrien memberikan fungsi kedua sebagai penyental buatan sendiri.

Desert untuk badan anda

Penyental baharu anda ialah bahan yang ideal untuk penggunaan yang teliti dan perlahan di dalam bilik mandi. Disimpan di dalam balang yang indah, ia berfungsi sebagai peringatan yang mudah dicapai untuk memanjakan diri anda semula kemudian hari.

Bawa rasa spa bersama anda (apabila bilik mandi digunakan oleh orang lain)

Ia terjadi. Bilik mandi anda digunakan oleh orang lain semasa anda betul-betul perlu menggunakannya. Tukar nasib malang kepada sesuatu yang memihak kepada anda, dan gunakan sudut lain di rumah anda sebagai ganti. Tempat celup kaki, sedikit ketenangan dan sedikit masa bersendirian mungkin dapat membantu.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Åsa Haleby
Penulis: Henrik Annemark