Nasihat pakar tentang penggunaan cahaya di rumah
Warna dan cahaya ialah faktor tetap dalam kelengkapan rumah. Keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang subjek ini yang mendorong kami berjumpa profesor Thorbjörn Laike. Kami meminta nasihatnya tentang cara menggunakan sains dalam konteks harian.


Jika boleh, bangun disinari cahaya matahari siang
“Sekiranya anda mahu bangun dengan lebih berwaspada dan tenang, cahaya siang semula memainkan faktor utama. Jika boleh, tidur di ruang yang menghadap ke timur.”
Thorbjörn Laike tahu perkara yang dia perkatakan. Dia mempunyai PhD dalam psikologi dan merupakan profesor madya psikologi persekitaran di Universiti Lund. Bidang kepakarannya termasuk kesan cahaya terhadap psikologi manusia. Warna - sebagai variasi cahaya yang ada - merupakan perkara yang mesti dalam bidang ini.
“Cahaya matahari siang bagus untuk bangun pagi,” Thorbjörn mengulas, “resipi tidur malam yang lena pula ialah menghalang cahaya sebanyak mungkin.”
Cara yang ideal untuk mengimbangi kedua-duanya adalah dengan bidai bergulung penghalang. Benar-benar gelap apabila anda memerlukannya atau ubah dengan cepat untuk membenarkan cahaya luar masuk. Lebih baik lagi, alat kawalan jauh TRÅDFRI untuk bidai. Jadi, anda tidak perlu turun dari katil.
Dapatkan sinaran hangat untuk pembacaan waktu tidur anda
“Semua jenis pengadang berdasarkan pada cahaya sejuk dengan jarak gelombang pendek yang menyukarkan kita berehat. Kesan ini tiada kaitan dengan imej yang ditunjukkan oleh pengadang. Dalam erti kata lain, buku yang sesuai lebih baik apabila anda mahu terlelap. Gunakan lampu sisi katil dengan cahaya kuning yang lebih hangat tanpa memberi menjejaskan rasa mengantuk anda.”
Gunakan warna dan corak untuk menetapkan suasana
“Walaupun warna biru dan hijau mempunyai kesan yang menenangkan kepada manusia, warna di bahagian merah spektrum menyebabkan otak lebih aktif dan memberikan tenaga. Konsep ini sama juga dengan corak. Semakin hebat corak, semakin besar kesannya.”
Jika anda menggabungkan langsir penghalang dengan set langsir yang berwarna-warni, dalam erti kata lain, anda bersedia menghadapi segala-galanya. Seperti menapis cahaya siang dengan langsir berwarna putih kemerahan dan berpetak untuk meningkatkan suasana. Atau menutup langsir penghalang anda apabila siang berakhir.
Oleh kerana psikologi persekitaran ialah bidang saintifik yang semakin berkembang, ia sesuatu yang masih baharu. Thorbjörn Laike, memberikan ulasan dalam hujah penutupnya: “Beberapa eksperimen awal telah berkembang menjadi mitos yang kadangkala disalah anggap sebagai penemuan saintifik. Contoh yang terkenal digelar sebagai ‘kesan merah muda' yang menyatakan bahawa mewarnakan dinding penjara dengan warna merah jambu meningkatkan semangat banduan. Ini cerita yang menarik - tetapi kesimpulan ini dipertikaikan dan ia belum diulang sepuasnya.”
Lihatlah daripada perspektif sains tentang warna bilik tidur
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Henrik Petersson
Penulis: Henrik Annemark