Langkau ke kandungan utama

Menyimpan gaya anda: idea pengaturan almari pakaian yang mudah

Ekosistem pakaian setiap hari boleh jadi mempesonakan dan juga menjengkelkan, tetapi tidak dapat dielakkan. Sebaliknya, mengikuti beberapa peraturan yang mudah dapat membantu. Kami mengumpulkan semuanya di sini – untuk semua saiz dan bentuk almari pakaian dan pakaian.

Menggantungkan pakaian secara pintar

Kemeja-T yang dicampakkan atau sepasang seluar di atas kerusi. Satu lagi kemeja selepas itu. Pada hujung minggu, anda mempunyai timbunan pakaian yang perlu ditangani. Atau – anda dapat melawan graviti. Satu rak pakaian atau tiga membolehkan anda mudah melihatnya, mudah mengambilnya dan menjadikan rumah anda bebas daripada timbunan tekstil. Ia juga berfungsi sebagai pembahagi ruang yang hebat.

Pengaturan bermula di dalam

Bersiap sedia pada waktu pagi boleh melibatkan keputusan yang sukar dan juga jadual yang ketat. Penyusun atur, kotak dan sisipan memudahkannya lagi untuk melihat, menemui dan mengambil barang-barang yang anda perlukan, dengan demikian membantu meminimumkan masa permulaan.

Mempunyai sistem untuk mengendalikan dan menjaga pakaian anda ialah cara yang berkesan untuk mengurangkan keadaan berselerak. Petua sangat mudah untuk menjadikan keadaan lebih teratur sambil mengurangkan timbunan ialah menetapkan tempat untuk menggantungkan pakaian yang sudah dipakai tetapi masih bersih untuk dibasuh.

Chiara Effroi Lutteri, pereka hiasan dalaman di IKEA

Berhias diri untuk majlis apabila anda mempunyai masa dan tenaga memang bagus. Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan hari lain, koleksi asas pakaian yang sesuai boleh merupakan pilihan yang bijak – mudah dipilih dan bersedia untuk keluar.

Bentuk seni pahat patung bertemu dengan kepraktisan penggantungan jaket: sukar untuk membayangkan ruang depan yang tidak akan menjadi lebih terurus dengan penyangkut topi dan kot ini.

Jika sukar untuk mendapat ruang kosong di rak kasut, bagaimana jika menggunakan penyusun atur yang dapat memuatkan dua kasut dalam ruang untuk satu?

Ketahui tempat untuk menemui pelarasan halus saat-saat terakhir anda

Sekarang anda dapat melihat saya, sekarang tidak

Ia tidaklah masyhur dan setaraf seperti bilik almari pakaian, tetapi almari pakaian berlangsir mungkin lebih bijak daripadanya. Tolakkan fabriknya ke tepi dan anda dapat melihat sepenuhnya dinding couture. Kemudian tutupnya untuk penampilan yang lebih tenang dan lebih lembut – bahkan mengurangkan bunyi bising. Jika bilik tidur anda bukanlah tempat yang sesuai, bawanya ke tempat lain. Malah di mana-mana sahaja. Apabila tidak digunakan, hanya tutup langsir dan bilik akan bertukar kembali kepada personaliti alternatifnya.

Untuk aksesori sentuhan terakhir atau penyimpan item kecil untuk setiap ahli keluarga, unit laci beroda dapat menanganinya. Apabila masa untuk storan bermusim, hanya penuhkannya dan sorongnya pergi.

Selain memanfaatkan sepenuhnya ruang dan juga belanjawan, langsir berfungsi lebih daripada barisan pakaian. Contohnya, menggunakan sebahagian daripada dinding untuk meja solek. Bersiap sedia pada waktu pagi tiba-tiba dapat dilakukan setempat.

Aksesori yang dapat berkekalan

Perincian kecil berperanan penting untuk melengkapkan pakaian yang terbaik. Jadi, jaganya dengan baik. Bakul berguna seperti ini membantu anda mengawasi semuanya. (Ia bukan sahaja kelihatan indah. Ia juga dibuat daripada sembilan puluh peratus bahan kitar semula.)

Jadikannya ringkas dan berfesyen

Perlukan almari pakaian tetapi mahu mengelakkan garis-garis yang besar dan tajam? Pilihlah pelapik lembut. Terbuka dan mudah dicapai, atau hanya buka gulungan penutup kain untuk penampilan yang teratur, bahkan lebih tenang.

Gelang untuk menyimpan sentuhan terakhir

Skarf, kalung, tali leher, reben dan banyak lagi. Penyangkut pelbagai guna yang sesuai benar dengan namanya bersedia menurut perintah anda. Lagipun, apa-apa yang anda gantungkan padanya akan kelihatan terancang dan berseni.

Oh, keseronokan storan bermusim! Anda mengemas baju panas musim sejuk anda supaya tidak berhabuk dan tidak lusuh, melupakan tentangnya, menyambut musim bunga. Setengah tahun kemudian, anda menemui semula kegemaran lama, kelihatan seperti baharu.

Sesetengah harinya hanya selepas anda mengenakan pakaian seluruhnya anda akan menyedari tambahan kecil yang diperlukan untuk menyempurnakan penampilan anda. Simpan barang-barang bernilai tersebut berhampiran, dan anda dapat memanfaatkan sepenuhnya inspirasi dan juga kebolehcapaian.

Almari pakaian yang mempunyai banyak ruang penyangkut dan laci dapat membantu, tetapi kotak cerai dapat menambah lebih banyak kefleksibelan – dimasukkan dan dikeluarkan untuk pengaturan semula dengan sangat cepat, perbandingan warna dan pembantu cucian yang berguna.

Tingkatkan usaha anda menangani keadaan berselerak