Mengalu-alukan musim makan di ruang luar
Musim panas sudah tiba – lakukan aktiviti di ruang terbuka di luar! Walaupun tinggal di bandar dan kerja mengehadkan pilihan anda, petang yang panjang menawarkan banyak masa untuk mengumpulkan rakan-rakan. Mungkin parti udang krai yang diimprovisasi?


Semua makanan dan minuman yang boleh anda angkut
Dengan sedikit penyediaan, tidak banyak lagi yang tinggal selain mengangkutnya. Letakkan bekas makanan rapat-rapat untuk mengekalkan suhu dari peti sejuk lebih lama. Untuk makanan yang mudah rosak, hidangkannya di dalam bekas makanan yang diletakkan di atas pek ais.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.