Mencari masa prihatin dalam kesibukan
Dalam kebosanan kehidupan harian, berhenti seketika untuk mendapat ketenangan boleh membuat perbezaan yang besar. Di sini ada beberapa penyesuaian mudah yang dapat membantu anda menikmati musim panas anda, walaupun semasa anda (hampir-hampir) tidak ada masa.


Wujudkan suasana balkoni di tepi tingkap
Ambil peluang semasa anak-anak tidur, tetapi masih ada sedikit matahari musim panas di luar. Cantumkan beberapa tempat duduk di tempat yang disinari cahaya matahari, tutupkannya dengan kelambu dan bersantailah. Memandangkan anda berada di situ, kenapa tak mengambil giliran membaca untuk satu sama lain?
Buat masa membasuh masa bersendirian
Walaupun kerja rumah tidak mengambil cuti musim panas, anda masih boleh mengubahnya menjadi masa riang dengan memanjakan diri anda sedikit. Sediakan sudut solek sementara dengan penjagaan kuku, mandian tangan herba dan sedikit masa bersendirian di antara kitaran setiap hari.
Duduk bersandar di ceruk taman anda
Apabila hari yang sibuk tidak mengizinkan masa untuk keluar, aturkan sedikit masa bersendirian dengan alam semula jadi. Kumpulkan tumbuh-tumbuhan hijau anda di satu tempat di tepi tingkap, bersantai di tempat duduk pilihan anda dan nikmati secawan teh yang menyegarkan dengan dikelilingi oleh taman lantai anda.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.