Langkau ke kandungan utama

Meluangkan tempat untuk bayi baru lahir anda

Persediaan rumah dan tidur yang selesa sentiasa penting, lebih-lebih lagi selepas kehadiran bayi baru lahir anda. Oleh sebab rumah tidak bertambah besar seiring dengan keluarga anda yang kian bertambah, membuatkan ruang semasa anda berfungsi untuk anda dan bayi anda (dan mengikut belanjawan anda) adalah penting.

Sebuah bilik untuk anda dan bayi anda

Berita baik: tiada apa-apa yang dapat menggembirakan anda selain teman sebilik yang comel. Berita yang tidak berapa baik: tidur malam yang nyenyak mungkin tidak dapat dialami buat seketika. Sama ada hanya untuk beberapa bulan yang pertama atau pengaturan jangka panjang, dua bilik tidur ini membuktikan bahawa ruang kongsi yang nyaman dan selesa dengan bayi anda pasti dapat dilaksanakan.

Memastikan bayi anda berada berhampiran dengan anda ialah keutamaan anda, keselamatan mereka ialah keutamaan kami. Katil bayi yang ringkas ini menawarkan tidur yang nyenyak dan selamat pada salah satu harga terendah kami.

Bayi memerlukan kasih sayang dan perhatian yang banyak, bukannya ruang storan yang banyak. Buat masa ini, meja menukar lampin dengan para di bawah (dan beberapa tempat pada rel cangkuk) sudah mencukupi.

Bantal susuan ini menjadikan masa menyusu dan memeluk lebih selesa – dan lebih selamat. Sarungnya dibuat daripada bahan semula jadi yang tulen, sementara isiannya terdiri daripada botol PET yang dikitar semula. Lembut, selesa dan lebih lestari.

Membahagikan bilik menggunakan langsir memberi ibu bapa ini rasa wujudnya ruang peribadi, sementara mengekalkan bayi mereka berhampiran dengan mereka.

Tidak perlu ada kerusi khas untuk menyusu bayi apabila kerusi berlengan yang selesa juga berfungsi dengan baik. Apabila bayi semakin besar, upholsteri neutralnya sesuai digunakan dengan ruang lain di dalam rumah

Hebat, meja menukar lampin yang dapat bertukar menjadi almari berlaci apabila bayi anda tidak lagi perlu memakai lampin.

Bilik asuhan dengan memikirkan tentang peringkat seterusnya

Untuk anak kecil yang cepat membesar, inilah dua bilik yang direka bentuk agar berkekalan. Warna yang sesuai untuk kedua-dua jantina, katil yang boleh dipanjangkan dan idea pintar lain akan menyaksikan anak kecil anda melalui banyak detik penting, dan mudah sahaja digunakan semula jika bayi #2 hadir kemudian.

Dinding berwarna putih di bilik asuhan ini merupakan kanvas kosong untuk menimbulkan warna yang dihasilkan oleh linen katil, mainan, ambal dan tali gegantung yang ringkas. Ia mudah dan tidak mahal untuk dibaharui kemudian apabila bakal “kanak-kanak yang besar” mempunyai warna kegemaran mereka sendiri.

Walaupun siling khemah sarkas tidak kekal selama-lamanya, perabot berwarna putih dan kayu pain (termasuk katil yang boleh dipanjangkan) sentiasa akan kelihatan hebat, tidak kira warna yang akan muncul pada dinding kemudian hari.