Masa untuk pembaharuan musim luruh
Hari-hari yang panjang dan untuk bermalas-malas pada musim panas mungkin sudah berlalu, tetapi usah risau. Anda dapat menghidupkan semula perasaan itu dengan menerangi dan menghangatkan ruang tamu anda. Dengan pencahayaan suasana dan tekstil lembut, anda boleh mengubah ruang kegemaran anda menjadi wahah yang terang dan selesa.


Ruang untuk berehat
Apabila anda rasa ingin melakukan sedikit ubah rupa, perubahan kecil boleh membuat perbezaan dalam sekelip mata. Tumpukan pada menambah pencahayaan suasana, alas dan bantal. Ambal berwarna lembut dapat membantu menjadikan bilik rasa lebih terang.
Bangkitkan keinginan
Waktu malam yang lebih panjang boleh menyebabkan suasana yang muram. Menambah pencahayaan suasana pada sudut yang gelap boleh menjadikan ruang tamu anda kelihatan dan rasa lebih hangat dan lebih menarik. Bawa masuk sedikit alam semula jadi dengan dedaun atau bunga musim luruh di dalam vas. Ia akan menerangi waktu malam yang paling gelap pun.
Hias dengan lampu
Apabila waktu siang menjadi semakin pendek dan waktu malam semakin panjang, kita merindukan waktu senja musim panas di tepi pendiangan. Cara mudah untuk mewujudkan kecerahan dan kehangatan dengan selamat di dalam rumah kita ialah dengan mengumpulkan lilin dan lilin kecil LED, dan menambah rantaian lampu LED di bawah kubah kaca. Ia menambah keselesaan segera bila-bila masa dan di mana sahaja yang anda sukai.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.