Langkau ke kandungan utama

Masa anda untuk bersantai

Apabila waktu siang menjadi semakin pendek dan sejuk, tiba masanya untuk memanjakan diri dengan spa. Nyalakan lilin wangi kegemaran anda, buat secawan teh, isi tab dengan air panas dan pasangkan muzik yang lunak – jangan lupa letakkan tanda “jangan ganggu” anda.

Seorang wanita memakai baju panas bersedia untuk spa dengan menuang teh ke dalam koleh di atas papan potong yang diimbangkan merentangi tab mandi.
Seorang wanita memakai baju panas bersedia untuk spa dengan menuang teh ke dalam koleh di atas papan potong yang diimbangkan merentangi tab mandi.

Luangkan masa untuk diri sendiri

Hari-hari pada musim luruh boleh jadi lembap dan sejuk. Hari kerja boleh jadi sibuk dengan banyak perkara yang mesti dilakukan yang tidak habis-habis. Ubah bilik mandi anda menjadi spa di rumah dan luangkan sedikit masa untuk anda bersantai. Memang patut anda menikmatinya.

Wujudkan semula ikatan dengan deria anda

Pada waktu ini tiap-tiap tahun, penggalak suasana setiap hari memang membantu. Ia boleh jadi semudah lilin wangi dan tumbuh-tumbuhan yang menyegarkan seperti eucalyptus untuk membantu anda berehat. Sambil anda berseronok dengan spa di rumah, tutup mata anda dan sedut udara yang sungguh harum.

Manjakan diri dengan masa bersendirian

Salah satu perkara yang paling baik tentang spa ialah kesantaian yang dapat diwujudkannya. Balut rambut anda dengan balutan tuala TRÄTTEN, dan nikmati secawan teh kegemaran anda. Lupakan tentang perkara yang mesti anda lakukan dan senarai perlu dibuat. Semuanya adalah tentang memanjakan diri dengan cara bersantai sepenuhnya tanpa melakukan apa-apa.

Kit spa buatan sendiri anda

Dengan kit spa peribadi sendiri, anda dapat memanjakan diri setiap hari. Anda hanya memerlukan beberapa item - anda mungkin sudah ada sesetengahnya di rumah. Kami dapat membantu anda dengan yang selebihnya. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri dan berseronoklah.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.