Mari meraikan kedatangan musim luruh dengan penuh bergaya!
Kami mempunyai inspirasi terkini untuk musim luruh. Pereka hiasan dalaman Linda Åhman menunjukkan betapa mudah untuk anda menggunakan dua gaya trend di rumah anda. Marilah masuk...


Pilihlah sesuatu lebih lembut
Gaya ini mementingkan kelembutan: Fikirkan tentang keselesaan, warna pucat, baldu dan linen. Anda boleh mula dengan asas berwarna lembut yang digabungkan dengan bantal dan pelbagai bahan lain yang berwarna dan berbentuk lembut. Gunakan warna trend seperti merah jambu dan kuning. Anda tidak memerlukan sesuatu yang mahal atau rumit untuk mendapatkan rupa ini… Sesuatu yang menyeronokkan dan mudah lebih baik! Anda boleh menggunakan barangan sedia ada dan menambah beberapa unsur baharu seperti lampu meja dan pasu untuk mencipta suasana yang harmoni.
Gabungkan warna cerah dengan gelap
Personalisasikan rumah anda dan cipta rumah yang menampilkan personaliti anda. Anda boleh mula dengan asas berwarna neutral seperti perabot blonde. Kemudian, serlahkan personaliti anda dengan beberapa bantal dan aksesori pelbagai corak yang berwarna hitam dan putih. Gabungkan arca seramik dan bentuk organik yang berwarna lebih lembut. Cara yang paling sesuai untuk menunjukkan identiti anda ialah dengan memperagakan catan anda yang paling berharga Gabungan pelbagai objek yang digunakan setiap hari dalam pelbagai bentuk dan saiz dapat menghasilkan peragaan yang luar biasa.
Andaikan diri anda seorang artis yang memiliki kanvas kosong. Anda boleh guna barangan sedia ada dan memperibadikannya mengikut gaya dan citarasa anda.”
Linda Åhman, pereka hiasan dalaman
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Linda Åhman
Jurugambar: Daniel Wester
Penulis: Vi Cooper