Langkau ke kandungan utama

Manjakan diri dengan mula perlahan-lahan

Apabila anda masih bermimpi, perkara yang sama sekali anda tidak mahu alami ialah dikejutkan daripada tidur. Sebaliknya, mulakan pagi anda perlahan-lahan, biarkan cahaya dan bunyi yang meningkat secara beransur-ansur membuatkan anda terjaga dengan tenang. Benamkan jari-jari kaki anda dalam kehangatan yang memuaskan. Mulakan hari anda dengan senyuman.

Lampu kerja di atas meja di sebelah katil menyinarkan cahaya pada vas kaca dan jam loceng di dalam bilik tidur yang selesa.
Lampu kerja di atas meja di sebelah katil menyinarkan cahaya pada vas kaca dan jam loceng di dalam bilik tidur yang selesa.

Mula dengan katil yang selesa

Katil yang selesa dengan bantal dan lapisan tambahan dapat membantu anda tidur dengan nyenyaknya Tidur malam yang baik adalah penting untuk memulakan hari anda dengan baik. Pada waktu pagi, buka langsir dan biarkan cahaya menembusi ke dalam untuk menceriakan bilik anda dan perasaan anda.

Benamkan jari-jari kaki anda dalam kehangatan

Perkara yang sama sekali anda tidak mahu lakukan apabila bangun pagi ialah meletakkan kaki anda di atas lantai yang sejuk. Membenamkan jari-jari kaki anda ke dalam ambal sisi katil yang lembut dan gebu adalah lebih selesa. Geliang-geliutkan jari-jari kaki anda, alami kehangatannya. Perlahan-lahan dan beri diri anda sedikit masa untuk mengalami betapa selesa rasanya.

Buatkan diri anda terjaga perlahan-lahan dengan tenang

Satu-satunya perkara yang tidak disukai oleh semua orang ialah dikejutkan daripada tidur oleh bunyi jam loceng yang kuat dan bising. Tukar kepada cara yang lebih lembut untuk mengejutkan anda dengan jam loceng yang menenangkan anda dengan cahaya dan bunyi yang meningkat secara beransur-ansur. Ia merupakan cara yang lebih baik dan lebih tenang untuk memulakan hari anda.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.