Langkau ke kandungan utama

Maksimumkan ruang dengan storan pintar

Pengecilan atau tinggal di dalam studio yang kecil? Gunakan dinding anda! Dapatkan inspirasi daripada petua terbaik pereka hiasan dalaman IKEA; Nina Parkeborn tentang cara untuk memaksimumkan ruang kediaman seluas hanya 16 meter persegi.

Tetamu akan datang makan malam bersama? Cubalah meja boleh dipanjangkan seperti VANGSTA IKEA yang berwarna melamina putih.
Tetamu akan datang makan malam bersama? Cubalah meja boleh dipanjangkan seperti VANGSTA IKEA yang berwarna melamina putih.

Optimumkan penggunaan ruang anda

“Saya bayangkan seorang lelaki muda yang bekerja sebagai pengilustrasi komik tinggal di studio ini. Saya mahu menyediakan rumah yang praktikal yang menggunakan setiap sentimeter ruang. Untuk berbuat demikian, saya bayangkan flat ini seperti permainan Tetris iaitu semua ruang perlu diisi. Saya menggunakan sistem storan yang boleh disesuaikan dan mencipta penyelesaian tersuai untuk rumah ini. Gunakan para lebih rendah untuk menyimpan barang yang kerap digunakan dan para lebih tinggi untuk kuilt tambahan dan barangan bermusim.”

Mudahkan diri memasak di ruang yang kecil

“Dapur mini super pintar ini lengkap segalanya untuk keperluan lelaki yang tinggal di sini supaya dia boleh menyediakan hidangan ringkas, mencuci tangan dan menyimpan makanan sejuk. Saya hanya menambah peti ais dan hob aruhan mudah alih. Saya pasang papan penyepit dengan pelbagai jenis cangkuk, serta bekas dan beberapa para di dinding bersebelahan dapur supaya dia mempunyai ruang untuk menyimpan semua barang keperluan dapurnya.”

Gunakan ruang tersembunyi

“Jangan lupa untuk menggunakan semua ruang. Tempat yang biasanya dilupakan ialah ruang di bawah meja. Saya letak dua unit laci beroda di situ supaya lelaki ini boleh menyimpan semua barangnya daripada sebesar-besar pinggan mangkuk dan gelas hingga sekecil-kecil napkin, herba dan rempah, serta kotak storan plastik. Ketika memasak, dia hanya perlu menarik satu atau dua laci untuk akses mudah.”

Apabila ruang anda sempit, gunakan setiap inci ruang sehingga siling.

Pereka hiasan dalaman IKEA, Nina Parkeborn

Penuhkan ruang di atas

“Apabila ruang anda sempit, gunakan setiap inci ruang sehingga siling. Katil loteng minimalis ialah cara paling pintar untuk lelaki yang tinggal di sini supaya dia memperoleh beberapa meter lantai tambahan dan dia mempunyai ruang untuk meletakkan sofa di bawahnya”

Bersiap sedia secepat kilat

“Saya bayangkan lelaki muda yang tinggal di sini mahu bersiap sedia untuk bekerja dan keluar dari rumah secepat mungkin. Mungkin dia akan makan sarapan di pejabatnya dan membeli kopi ketika dalam perjalanan. Jadi, saya mahu sediakan ruang berdekatan pintu untuk dia menyimpan kunci dan dompetnya, dan membetulkan rambutnya di hadapan cermin tanpa perlu berlari masuk ke bilik mandi.”

Semua gambar diambil daripada Katalog IKEA 2019