Langkau ke kandungan utama

Majlis perkahwinan musim panas yang tenang dan berwarna-warni

Cinta boleh dirasai! Lihat cara mewujudkan suasana berpesta namun tenang dengan usaha yang agak sedikit. Selitkan corak nada tropika dalam majlis perkahwinan, pengijazahan atau apa jua keraian yang anda mahu bersemarak dengan warna.

Set bahagian dalam gaya industri yang luas untuk parti dengan tekstil, hiasan, tumbuh-tumbuhan dan belakang kereta yang menyeret tin.
Set bahagian dalam gaya industri yang luas untuk parti dengan tekstil, hiasan, tumbuh-tumbuhan dan belakang kereta yang menyeret tin.

Barang-barang lebihan disatukan oleh tekstil

Mencari kerusi dan meja yang mencukupi sentiasa merupakan cabaran, apatah lagi yang sepadan. Sebaliknya, biarkan alas meja dan perincian lain menyatukan semuanya – mengharmonikan apa jua campuran perabot, milik sendiri atau yang dipinjam.

Hiasan penuh indah

Menggabungkan pencahayaan dan bunga menetapkan suasana, siang dan malam. (Untuk menampung apa-apa beban tambahan, pastikan rantaian pencahayaan dikukuhkan dengan tali pancing atau yang serupa.) Selain itu, bunga tiruan yang sama masih dapat digunakan untuk hari ulang tahun kesepuluh anda.

Bangkitkan suasana dari bawah

Cara yang mudah untuk meningkatkan kesan hiasan anda adalah dengan memikirkan tentang bilik secara berlapis: bawah, tengah, atas. Ruang lantai yang tidak digunakan akan kelihatan indah dengan lantera dan bunga, selepas itu kembangkan dari situ.

Rasa mewah tidak memerlukan belanja yang berlebih-lebihan. Anda dapat melakukan banyak perkara dengan benda-benda yang anda sudah ada. Tema yang memberikan inspirasi, aksesori dan perincian boleh banyak membantu mewujudkan persekitaran yang wajar untuk majlis perkahwinan.

Charlotte Østergaard Christensen, pereka hiasan dalaman IKEA

Gabung padan, dan gabung lagi

Sebaik sahaja anda bermula, tidak perlu lagi menahan diri. Beraneka warna dan corak yang berani biasanya sesuai digunakan bersama-sama, walaupun ia tidak sepadan pada mula-mulanya. Yang paling penting, gabungkan!

Pertimbangkan penggunaan napkin

Makan malam yang mengambil masa yang lama memerlukan napkin tambahan. Ambil peluang untuk membuat tampal cantum beraneka warna dan corak, serta gunakan lapisan dan peletakan untuk mewujudkan kesan tambahan.

Tempat duduk yang sesuai untuk tumpuan utama

Jika anda tidak ada kerusi istimewa yang berhias, buatnya sendiri. Dengan sedikit pengubahsuaian, kerusi biasa boleh diubah menjadi tempat duduk yang wajar untuk orang bangsawan dan juga pasangan pengantin baru.

Daun, reben dan lain-lain

Tambah perincian yang sesuai dengan tema atau majlis yang meriah atau kedua-duanya. Untuk majlis perkahwinan tropika, ia hanya memerlukan reben, daun (tiruan atau hidup) dan sedikit kasih sayang.

Pintu majlis perkahwinan

Tempatkan satu atau dua rak pakaian di pintu masuk. Ditutupi dengan fabrik, ia membantu tetamu yang masuk dan juga keluar. Bagi orang yang masuk, mewujudkan suasana betul-betul di pintu masuk. Bagi orang yang keluar untuk menyedut udara bersih, memastikan ada tempat untuk meletakkan barang-barang kepunyaan dan alas yang memanaskan badan.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.