Langkau ke kandungan utama

Lima cara untuk menjemput alam semula jadi ke bilik tidur anda

Biarkan luar bangunan menghiasi bilik tidur anda! Malahan, perubahan kecil dengan tumbuhan dan pencahayaan boleh membuat perbezaan besar. Hanya lihat bagaimana pembaikan mudah ini mewujudkan suasana dan perasaan baharu untuk bilik.

Katil disinari cahaya matahari dengan kepala katil tiub hitam disulami dengan ivy memanjat bertumbuh dari pasu yang diletakkan di atas meja sisi katil.
Katil disinari cahaya matahari dengan kepala katil tiub hitam disulami dengan ivy memanjat bertumbuh dari pasu yang diletakkan di atas meja sisi katil.

Biarkan alam semula jadi disatukan dengan katil anda

Tumbuhan yang memanjat menjadi teman di sisi katil yang hebat. Tumbuhan menambah udara segar dan mudah menjadi secocok dengan bentuk yang paling tidak sekata. Sama seperti kepala katil tiub ini yang membolehkan anda mengaburkan sama sekali garisan di antara ivy dan katil.

Pembahagi bilik menjadi pagar yang mekar

Tumbuhan boleh mengubah bilik – walaupun, ia bukan tumbuhan sebenar. Gabungkan bunga dan daun buatan dengan pembahagi bilik, dan anda mempunyai sekatan untuk membuatkan semua bahagian bilik tidur anda kehijauan sedikit.

Di bawah langit berbintang

Jika anda sukakan idea tidur di bawah rebakan kanopi, ini untuk anda. Cari dahan yang anda suka, gantungnya dari siling dan menatahnya dengan lampu berkilauan. Bayangan langit terbuka dari katil anda sendiri yang selesa.

Tidur dengan sinaran unggun api

Cahaya yang berkerlipan daripada lampu kerosen cukup untuk mencetuskan imaginasi sesiapa sahaja. Ini boleh dilakukan dengan versi LED yang boleh dimalapkan, hanya tanpa bahaya api. Cahaya lembut berwarna kuning mewujudkan suasana yang sesuai dan menenangkan untuk waktu tidur.

Tingkap yang mekar

Jika anda mempunyai sedikit ruang untuk tumbuhan (atau masa untuk memeliharanya), apa kata gunakan jenis dua dimensi? Gunakan pelekat hiasan untuk mengacu bayangan berbunga-bunga atau hanya buat pemandangan dari tingkap bilik tidur anda.

Kami suka melihat pelanggan kami menggunakan produk kami secara kreatif. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dihasilkan oleh
Jurugaya hiasan dalaman: Gretchen Broussard
Jurugambar: Måns Jensen
Penulis: Henrik Annemark