Letusan warna untuk menyerikan musim panas anda
Kini di IKEA, semuanya adalah tentang membangkitkan suasana ceria dan mewujudkan peluang untuk bermalas-malas pada siang hari di bawah cahaya matahari. Intai lebih dekat perkara-perkara baharu pada musim panas ini.


Tema untuk dipadankan dengan perasaan anda
Penampilan IKEA dalam musim panas 2020 betul-betul merangkum musim tersebut. Tumbuh-tumbuhan dan burung-burung tropika bersama-sama corak grafik dan warna terang membentuk gabungan mesra yang sukar terlepas perhatian.
Tema yang menarik perhatian menawarkan beberapa kelebihan. Selain kelihatan cantik dan menambah sesuatu yang baharu, item-item yang berbeza menyerlah dengan cara yang membuat semuanya indah apabila digabungkan. Oleh sebab semuanya berkait dari segi visual, hanya beberapa aksesori sudah mencukupi untuk mengubah suasana. Apatah lagi dengan ekspresi yang menghangatkan mana-mana ruang.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.