Langkau ke kandungan utama

Kesedaran bersama

Apakah cara terbaik untuk menggunakan sumber bumi dalam kolektif bandar? Dapatkan inspirasi daripada penggunaan ruang yang pintar oleh jurugaya hiasan dalaman Therese Ericsson dan Kerstin Bohne dalam katalog IKEA 2019.

Cipta ruang kerja dengan suasana industri. Cubalah kerusi keluli berkayu yang selesa seperti kerusi pusing KULLABERG IKEA!
Cipta ruang kerja dengan suasana industri. Cubalah kerusi keluli berkayu yang selesa seperti kerusi pusing KULLABERG IKEA!

Berikan dua fungsi kepada bilik

Therese dan Kerstin membayangkan rumah ini untuk sepasang pasangan dan anak mereka serta seorang rakan yang tinggal bersama mereka yang bekerja di rumah sebagai penenun bakul. Kediaman ini tiada ruang tamu tradisional yang mempunyai TV dan sofa. Ruang utama rumah ini digunakan sebagai ruang makan dan ruang bekerja. “Cipta ilusi bilik dengan meletakkan pembahagi di tengah-tengah ruang tamu. Kami mencipta meja kerja dengan menggunakan semula pintu lama dan menambah kekuda. Ia juga sangat sesuai digunakan sebagai meja makan untuk anda makan bersama tetamu.”

Tanam tanaman anda sendiri

“Matlamat jangka panjang untuk kolektif ini ialah untuk berdikari sepenuhnya. Di tingkap dapur, anak pasangan ini mempunyai rumah hijau untuk menanam anak benih sebelum memindahkannya ke luar di taman kecilnya.”

Gunakan ketinggian

Apabila empat orang berkongsi dapur yang kecil, anda perlu menggunakan setiap inci. Kami lakukannya semua ini menggunakan seluruh ketinggian dapur. Bangku tangga memudahkan anda mencapai barangan yang disimpan di tempat lebih tinggi.”
Dapur ini mempunyai bahagian hadapan laci antrasit dengan kemasan kerajang PET kitar semula yang dipadankan dengan permukaan atas kerja laminasi kesan mineral hitam. “Dengan menggunakan pelbagai kombinasi bingkai, laci, pintu dan penyusun atur, anda boleh mencari penyelesaian yang sempurna mengikut keperluan rumah dan keutamaan anda.”

Storan makanan untuk berjimat cermat

“Dalam imaginasi kami, penggunaan maksimum hasil semula jadi adalah sangat penting kepada mereka yang tinggal di sini. Mereka menggunakan hasil tanaman bermusim dengan menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam balang kaca, dan membeli makanan kering secara pukal sebelum memindahkannya ke bekas boleh guna semula. Ini menjimatkan wang, mengurangkan pembungkusan yang tidak diperlukan dan memastikan makanan segar lebih lama.”

Galakan pengasingan sampah

“Kami tidak mahu semua barangan yang perlu dikitar semula disimpan di bawah sinki dapur kecil, jadi kami mencipta stesen pengisih yang besar di ruang depan.”

Maksimumkan ruang dengan perabot serba guna

“Oleh sebab tiada ruang tamu tradisional di rumah kediaman bersama, kami menetapkan bilik tidur yang boleh juga digunakan sebagai ruang tamu pada siang hari. Untuk menjimatkan ruang, kami menggunakan katil yang boleh juga digunakan sebagai katil siang.”

Gunakan semula dan baiki jika boleh

“Penggunaan atau pengemaskinian barangan sedia ada ialah unsur penting dalam kolektif ini. Contohnya, kami mencipta storan tersembunyi dengan menyembunyikan unit rak di belakang langsir yang diperbuat daripada kain pengesat pinggan yang lama. Daripada membasuh pakaian selepas setiap kali anda memakainya, kami menyediakan satu stesen pengudaraan kepada penghuni bersama (ini akan menjimatkan air dan juga elektrik).”

Semua gambar diambil daripada Katalog IKEA 2019