Kerja pembersihan dengan kesan yang berkekalan
Tiba masanya untuk menganginkan almari pakaian dan bersedia menyambut musim baharu. Kenapa tidak meluangkan sehari untuknya? Lihat cara anda dapat mengaturkan pembersihan bermusim anda dengan cara yang akan menimbulkan rasa bangga kemudian hari.


Baiki kegemaran anda
Mendapatkan kembali pakaian panas dari storan kerap dilakukan apabila betul-betul diperlukan. Sebab itulah ini merupakan masa yang sempurna untuk membaiki. Jahit semula butang, tampal bahagian yang koyak. Apabila daun-daun mula gugur, anda sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja.
Semua storan dapat dibantu dengan mengikut dua peraturan yang mudah: mengetahui bila barang-barang anda digunakan lain kali, dan memastikan bahawa ia dapat digunakan dengan serta-merta. Dengan itu ia menjadi keseronokan untuk kembali kepadanya – bukan kerja yang membosankan.”
Kristina Pospelova, pereka hiasan dalaman IKEA
Peringatan tentang benda-benda yang akan datang (kembali)
Daripada seorang anak kepada anak yang lain, pakaian yang diturunkan mudah sahaja hilang. Untuk membantu daya ingatan dan penentuan masa, tandakan kotak-kotak anda. Selain itu, kotak tekstil lut udara berfungsi dengan baik untuk storan pakaian jangka panjang.
Tidak lama lagi musim akan bertukar, tetapi masih mudah dicapai
Untuk tempoh dengan cuaca peralihan – musim hujan dan pagi yang sejuk sekali-sekala – jangan tergesa-gesa menyimpan pakaian anda yang ada fungsinya. Ia mungkin masih boleh disimpan di dalam kotak, tetapi letakkannya berdekatan.
Hadiah untuk dibuka pada masa depan
Item-item istimewa layak mendapat perhatian khusus. Mainan dan barang pusaka yang sudah hampir-hampir terlupa menimbulkan keterujaan dan kejutan melalui masa. Biarkannya terus dalam simpanan (dan tersorok) untuk didedahkan pada detik yang sesuai.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Kristina Pospelova
Jurugambar: Åsa Haleby
Penulis: Henrik Annemark