Kediaman sedang diwujudkan
Sebuah impian, banyak dorongan dan tempoh akhir: tiga keperluan untuk pengubahsuaian DIY seperti yang dapat dimaklumkan kepada anda oleh ibu bapa baharu yang tinggal di sini! Dengan bantuan rakan-rakan mereka, mereka mengubah rumah sewa satu bilik tidur mereka yang baharu menjadi rumah keluarga yang nyaman dan selesa tepat pada masanya untuk kelahiran bayi. Mari kita lihat hasilnya:
Langkah 1: Merancang
Mereka mahu rumah mereka rasa nyaman dan selesa, tetapi bagaimanakah itu akan kelihatan? Mereka tidak pasti! Jadi, mereka mula dengan mengumpul contoh warna dan tekstur yang mereka sukai, yang membantu mengecilkan pilihan mereka kepada ton warna tanah yang pekat dan bahan-bahan semula jadi.
Langkah 2: Melengkapi
Kebanyakan perabot adalah daripada pangsapuri lama mereka. Barang-barang tambahan adalah kebanyakannya perhiasan dan aksesori, serta beberapa item lain untuk menjadikan ruang lebih fleksibel. Misalnya meja kopi. Jika bayi memerlukan ruang untuk bermain, meja tersebut boleh diangkat dan dialihkan ke tepi dengan mudah.
Langkah 3: Mengimprovisasi
Dapur baharu? Tidak begitu. Fungsi asas sudah pun ada. Pasangan ini hanya perlu membuat sedikit pertukaran dan menambah lebih storan. Anda mungkin tidak menyangka bahawa ia merupakan ruang yang sama – ini membuktikan bahawa sesuatu dapat dihasilkan apabila anda mengusahakan barang-barang yang anda ada.
Bahan-bahan seperti buluh, rotan, rumput laut dan linen merupakan anyaman atau tenunan di seluruh rumah. Ia adalah semula jadi, boleh dibaharui dan mewujudkan gaya asli yang bersifat realistik di pangsapuri ini.”
Langkah 4: Mengutamakan
Tinggal di ruang kecil telah memberikan pengajaran yang bernilai kepada keluarga muda ini – bahawa jika ia benar-benar penting, anda dapat meluangkan tempat untuknya. Sebagai contoh, meja ruang makan mereka. Meja makan lapan tempat duduk rasanya seperti memboroskan wang pada mula-mulanya, tetapi dengan rakan-rakan dan keluarga sering melawat, saiznya berjaya memenuhi keperluan mereka dengan baik.
Langkah 5: Memaksimumkan
Pangsapuri yang mempunyai satu bilik tidur ini mengemukakan cabaran kepada mendapatkan ruang tidur yang selesa untuk ibu bapa dan juga bayi baru lahir. Dengan menggunakan langsir untuk membahagikan bilik, mereka berjaya mewujudkan suasana bilik asuhan yang berasingan, sementara masih mengekalkan bayi mereka berhampiran dengan mereka.