Keajaiban bekerja dari rumah
Mencari ruang kerja di rumah boleh menjadi sukar dengan sendirinya. Anda mahu kebebasan untuk menumpukan perhatian, tetapi tiada bilik berasingan untuk dipertimbangkan. Mungkin anda juga perlu berkongsi tempat anda dengan aktiviti lain. Mujurlah kami ada petua yang hebat untuk membolehkan semuanya berfungsi (dan masih ada ruang untuk bermain).
Dinding hebat untuk menangani keadaan dengan berkesan
Mencari cara mudah untuk menggunakan bilik anda sebaik-baiknya? Letakkan sofa anda jauh dari dinding. Ruang yang terhasil memungkinkannya untuk menggunakan seluruh dinding, dan mewujudkan ruang yang dapat digunakan untuk bekerja, hobi dan bermain. Meja beroda menambah kepantasan pada kefleksibelan. Apabila diletakkan di tepi dinding, ia berfungsi sebagai meja, dengan para dan storan yang berdekatan dapat menyimpan dengan kemas semua yang anda perlukan untuk menyiapkan kerja. (Jika anda mahu menambah permukaan untuk melakukan aktiviti secara serentak, meja boleh lipat IVAR membentuk sudut pertukangan yang hebat.) Untuk bertukar kepada keseronokan, sorong keluar meja untuk membuka kawasan itu, mendedahkan bangku panjang. Hanya dapatkan beberapa bangku tambahan untuk menikmati fika atau majlis bersama rakan.
Pembantu ideal bekerja dari rumah
Ruang kerja yang terapung
Menggunakan para dan permukaan tidak dalam yang tergantung pada dinding bermakna anda dapat membentuk tempat untuk bekerja di mana sahaja anda ada ruang dinding terbuka. Ia juga sangat sesuai dipasang di penjuru dan dinding pendek yang sukar digunakan. Ambil kerusi dan anda sudah bersedia untuk mula bekerja.
Apabila bekerja dari rumah, besar kemungkinan anda terpaksa berkongsi ruang dengan ahli keluarga yang lain. Jadi, mudahkannya untuk bertukar antara aktiviti. Pilih tempat yang anda dapat mengumpulkan barang-barang anda berhampiran, di dalam kabinet atau di atas troli yang senang ditarik dan disimpan.”
Kristina Pospelova, pereka hiasan dalaman di IKEA
Berdiri di penjuru
Meja berdiri mungkin bukan pilihan yang anda sukai, tetapi mencubanya tak ada salahnya (dan anda sentiasa boleh menggunakan bangku bar). Dapatkan meja permukaan tinggi dan anda sudah bersedia. Jika anda perlu berkongsi penggunaannya dengan pembantu dapur, kumpulkan barang-barang anda dalam troli untuk mudah dialihkan.
Aliran kerja di tengah-tengah tempat keluarga lalu-lalang
Ada kalanya cara terbaik untuk sibuk adalah dengan mencari tempat yang paling sibuk di rumah. Meja kaki lipat membolehkan anda menyesuaikan permukaan kerja dalam sekelip mata – bergantung pada aktiviti dan juga hal yang berlaku di sekitar anda. Apabila kerja anda selesai, ia dapat disimpan dengan kemas di dalam laci.
Orang yang terlalu sibuk di bawah tangga
Ruang yang terbiar begitu saja – ciri seni bina yang abnormal atau ceruk yang sukar di bawah tangga – boleh menjadi ruang peribadi untuk bekerja, belajar atau bertukang. Selain menambah dimensi yang selesa untuk bekerja, ia mewujudkan tumpuan utama yang menarik untuk seluruh ruang itu.