Langkau ke kandungan utama

Ikuti trend pada musim bunga 2019

Biarkan warna-warna garang bertembung dengan corak yang tidak dijangka, tambah bentuk-bentuk yang lembut dan beraneka bahan yang ceria, dan gabungkan kesemuanya. Kemudian, letakkan corak nada anda mengikuti trend masa kini.

Parti yang berwarna-warni dengan pelbagai jenis gelas, seperti gelas FRAMKALLA dengan corak lengkung dan ketara berwarna merah dan biru.
Parti yang berwarna-warni dengan pelbagai jenis gelas, seperti gelas FRAMKALLA dengan corak lengkung dan ketara berwarna merah dan biru.

Ketakpadanan yang hebat

Koleksi yang terdiri daripada beberapa perabot yang ganjil boleh memberikan kesan yang sama dengan, jika tidak lebih daripada mendapatkan kesepadanan. Bangku, kerusi, kayu berwarna perang muda dan bentuk-bentuk yang lembut digunakan bersama dalam keharmonian ketakpadanan (konfeti adalah pilihan).

Dari perspektif trend, sekarang ialah masa yang mengujakan. Mewah dan minimalis serta semua gaya antaranya, bersama-sama. Semua pun boleh. Terutamanya jika anda melakukannya dengan penuh perasaan - dan sedikit kelucuan.

Elin Stierna, pereka hiasan dalaman IKEA

Raikan keceriaan

Corak yang ketara semakin popular. Lebih besar dan lebih terang, lebih bagus. Siri FRAMKALLA tahun-tahun 60-an kami yang menggoda dan berwarna-warni amat sesuai dipamerkan.

Pengembalian cahaya

Dengan unsur trend menerangi bilik di kiri dan kanan, ia memerlukan sesuatu yang betul-betul menarik perhatian untuk menjadi tumpuan utama. Mujurlah, ada GRIMSÅS. Seperti detik bunga api yang pegun, ia tergantung sedia untuk menarik perhatian orang sepanjang masa.

Penetapan suasana yang betul-betul sesuai

Ada kalanya anda mahukan keamatan, ada kalanya pula anda mahukan ketenangan. Bekas lilin ÄDELHET merentangi jurang itu dengan mudah (dan sesuai untuk lilin kecil dan juga kaki lilin). Tindan, gabung dan blok warnanya agar sesuai dengan apa jua keadaan.

Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.

Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Henrik Petersson
Penulis: Henrik Annemark