Langkau ke kandungan utama

Idea mudah yang mengembangkan bilik mandi anda

Storan bilik mandi perlu mengurus segala-galanya daripada ubat gigi kepada barang kemas, stoking kotor dan mainan tab mandi. Ditambah dengan kesesakan pada waktu pagi dan tuala basah, keadaan kelam-kabut akan timbul. Atau mungkin tidak...? Tingkatkan fungsi (dan gaya) bilik mandi anda dengan idea yang mudah dan tidak mahal ini.

Perabot bilik mandi GODMORGON/TOLKEN berwarna kelabu dengan empat laci untuk storan tersembunyi dan empat petak untuk storan terbuka.
Perabot bilik mandi GODMORGON/TOLKEN berwarna kelabu dengan empat laci untuk storan tersembunyi dan empat petak untuk storan terbuka.

Bahagi dan urus barang-barang bilik mandi anda

Peraturannya adalah mudah: barang-barang yang berselerak dan peribadi dimasukkan ke dalam laci, sementara barang-barang yang membuatkan anda gembira adalah lebih baik diletakkan di atas para terbuka. Dengan mengumpulkan item-item yang digunakan bersama – mainan tab mandi di dalam satu bakul, produk spa di dalam bakul lain dan seterusnya, ia mudah ditemui dan disimpan dengan teratur.

Penyelesaian storan tanpa penggerudian dalam sekelip mata

Anda dapat menggandakan storan bilik mandi anda walaupun penggerudian tidak boleh dilakukan. Anda hanya memerlukan penyusun atur kami yang boleh digantungkan di mana-mana sahaja tanpa penggerudian – cangkuk sedut yang kuat dapat menampung banyak botol syampu dan boleh dialihkan dan dilekatkan semula sambil anak anda membesar. Troli menyimpan bahan cuci pakaian, tuala tambahan dan pakaian bersih dengan kemas di tempat masing-masing.

Tiada lagi main sorok-sorok

Adakah anda bosan dengan kelewatan kerana tidak dapat mencari subang anda? Hentikan main sorok-sorok pada waktu pagi dengan sisipan laci yang pintar, kotak dan bekas kaca yang memberikan penglihatan yang menyeluruh, membantu anda menemui apa sahaja yang dicari betul-betul pada masa yang anda memerlukannya.

Menyimpan lebih banyak dengan indah

Laci yang luas dengan sisipan yang menyusun segala-galanya di dalam. Bangku dengan banyak ruang storan dan bakul yang indah untuk meletakkan tuala yang sudah digunakan. Para untuk item-item mudah dicapai dibahagikan kepada bekas kaca dan tong kait untuk barang-barang yang berselerak. Pamerkan personaliti anda dengan perabot dan perincian yang mewujudkan gaya sementara mengurus semua barang anda.

Tambah ruang storan peribadi

Kombinasi storan terbuka dan tertutup adalah penting di dalam bilik mandi, dan para khas untuk setiap ahli keluarga mencegah keadaan kucar-kacir. Troli akan memberikan ruang storan tambahan sementara mengatur barang-barang anda, dan anda boleh meletakkannya betul-betul di sisi anda sama ada anda sedang mandi, menyapukan losen atau bersolek.

Untuk anda yang bersifat minimalis

Untuk mencipta bilik mandi dengan suasana spa yang tenang dan menyantaikan, kekemasan ialah kuncinya. Apakah yang anda betul-betul perlukan? Selepas memilih barang-barang yang paling penting bagi anda, aturkan item-item yang kelihatan berselerak di dalam laci atau bekas yang dibuat daripada bahan semula jadi, dan biarkan penyelesaian yang praktikal menjadi tumpuan utama yang indah.