Langkau ke kandungan utama

Tanya pereka: rumah bahagia yang membolehkan kanak-kanak berkembang dengan baik

Seorang budak perempuan seronok bergolek-golek, kakinya terayun-ayun di udara, di atas tekstil berwarna-warni di atas sofa empat tempat duduk dengan chaise longue GRÖNLID berwarna putih.

“Bagaimana untuk buat rumah saya selamat dan mesra kanak-kanak?”

Penting bagi kanak-kanak memiliki ruang yang mereka dapat bermain, belajar dan berkelakuan seperti biasa dengan bebas, pereka hiasan dalaman Mia Gustafsson percaya.

Rumah yang selamat

Memikirkan tentang keselamatan ialah perkara yang paling penting apabila tinggal dengan kanak-kanak, menurut Mia. Di rumah yang mempunyai tiga anak kecil ini, dia memastikan bahawa semua perabot besar dan kabel yang longgar dikukuhkan ke dinding. Selak keselamatan digunakan untuk menutup tingkap dan memastikan jari-jari kecil tidak tersepit di laci dan kabinet. “Ibu bapa juga boleh berasa yakin mengetahui bahawa semua produk kanak-kanak IKEA, seperti mainan dan linen katil, telah diuji dengan teliti untuk memastikannya selamat dan tidak mengandungi apa-apa bahan kimia toksik,” kata Mia.

Kuda belang mainan berdiri di atas tuala muka yang terletak di atas kabinet ENHET berwarna kelabu dengan selak serba guna UNDVIKA di dalam bilik mandi berjubin berwarna putih.
Pijama yang berjalur-jalur terletak di atas katil kanak-kanak dengan linen katil BARNDRÖM bercorak haiwan hutan dan berwarna putih yang tidak dikemas.
Bilik kanak-kanak yang mempunyai sepasang katil boleh dipanjangkan SLÄKT berwarna putih yang diletakkan sebelah-menyebelah. Mainan, hiasan dan storan bertaburan di dalam bilik itu.
Mainan lembut arnab dengan lampu malam LED PEKHULT berwarna kelabu terletak di tepi bidai bergulung yang diturunkan, memancarkan cahaya lembut.
Bangku kanak-kanak FLISAT terletak di bawah almari pakaian dengan unit tarik keluar SMÅSTAD, bahagian atasnya berwarna merah jambu pucat dan bawahnya pula berwarna putih.

Pasangan dan tiga anak kecil mereka berpindah ke kawasan desa. Lihat cara pereka hiasan dalaman Mia Gustafsson mencipta rumah keluarga berdikari yang membolehkan anak-anak kecil ini menikmati hidup sebaik-baiknya.

Rumah yang merangkumi semua

Setelah semua perkara tentang keselamatan ditangani, langkah Mia yang seterusnya ialah menambah perabot yang akan menyerlahkan sikap keluarga yang peramah. “Saya memilih sedikit sahaja perabot tetapi saiz yang lebih besar yang dapat menyatukan semua orang dan digunakan untuk pelbagai tujuan,” jelas Mia. Contohnya, meja makan saiz keluarga yang digunakan untuk segala-galanya daripada makan kepada membuat kerja rumah dan berseni serta pertukangan.

Seorang lelaki dan dua kanak-kanak, pen di tangan, asyik dengan projek yang menyeronokkan di sekeliling meja makan KLIMPFJÄLL berwarna kelabu-coklat.
Seorang budak perempuan yang memakai pijama sedang duduk dengan selesa sambil membaca buku di atas sofa empat tempat duduk dengan chaise longue GRÖNLID berwarna putih.
Sudut bacaan di ruang tamu yang mempunyai kerusi kepak STRANDMON berwarna kuning dan kerusi berlengan kanak-kanak STRANDMON berwarna kelabu.
Ruang makan yang menunjukkan seorang lelaki duduk di atas kerusi persidangan MULLFJÄLLET berwarna kuning air-putih di sebelah meja makan, anak perempuannya duduk di atas ribanya.
Seorang budak lelaki sedang duduk di hujung meja makan yang panjang sambil memegang tempat bandar kadbod MÅLA yang dilipat menjadi bentuk rumah.

Rumah yang berdikari

Membantu anak-anak kecil mencari dan menjaga barang-barang mereka sendiri sejak usia mereka masih muda ialah salah satu matlamat Mia di rumah ini. Dia memastikan adanya storan yang boleh diakses oleh anak-anak kecil itu sendiri, seperti kotak dan cangkuk di tempat yang rendah. “Saya juga mewujudkan zon aktiviti khas, seperti sudut berseni dan meja untuk berkebun, yang menyimpan semua barang yang anak-anak kecil itu perlukan di satu tempat.”

Lihat semua storan mainan
Ruang berlantaikan kayu dengan sudut seni dan pertukangan yang mempunyai kekuda kayu lembut MÅLA, bangku dengan storan kayu pain PERJOHAN dan banyak lagi.
Ruang berlantaikan kayu yang mempunyai kabinet berpintu kaca HAUGA berwarna kelabu yang penuh dengan storan harian di dalamnya dan item-item hiasan di atasnya.
Meja kanak-kanak FLISAT, sisipannya ditanggalkan, mendedahkan petak yang mengandungi alat tulis beraneka warna dan templat bandar kadbod MÅLA di dalamnya.
Seorang budak lelaki berdiri di atas bangku tangga kanak-kanak TROGEN berwarna kuning di hadapan cermin TOFTBYN berwarna hitam, abang dan bapanya berdiri berdekatan.
Beg storan hiasan dinosaur JÄTTELIK dengan mainan di dalam dan di sekitarnya terletak di lantai kayu ruang depan.
Lihat semua storan mainan

Rumah yang tahan lama

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya: rumah tugas berat yang dapat tahan haus dan lusuh kehidupan harian adalah penting untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Mia memastikan bahawa semua objek yang mudah pecah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, dan memilih sofa dengan sarung yang boleh ditanggalkan dan dibasuh. Dia juga menambah pelindung lantai di sudut “kreativiti tinggi” untuk memastikan lantai bebas daripada ekspresionisme yang tidak sengaja!

Lihat semua produk kanak-kanak
Ruang tamu besar yang mempunyai sofa empat tempat duduk GRÖNLID berwarna kuning air di tengah-tengahnya dan meja kopi LUNNARP berwarna putih terletak di sebelahnya.
Lihat semua produk kanak-kanak