Langkau ke kandungan utama

Silakan: ruang tamu untuk berhibur

Tempat duduk yang selesa, storan teratur dan perincian yang menarik perhatian banyak sekali di ruang tamu ini yang sangat sesuai untuk berhibur. Cuma yang tinggal ialah duduk, berehat dan buat seperti rumah sendiri.

Ambal pail rendah BRÖNDEN berwarna kuning air di atas lantai kayu berwarna gelap dengan dua kusyen duduk di atasnya, dan meja kopi STOCKHOLM di sebelahnya.
Ruang tamu berwarna coklat yang mempunyai dua sofa VALLENTUNA warna karat, ambal berwarna kuning air dengan meja kopi terletak di atasnya dan lampu pendan.
Lihat semua vas & mangkuk

Semua perkara dipertimbangkan

Daripada ambal tenunan tangan yang dibuat daripada 100% bulu biri-biri kepada vas yang ringkas namun luar biasa – setiap item di rumah ini telah dipilih untuk sesuatu tujuan. Semuanya menunjukkan keajaiban yang berlaku apabila bentuk, fungsi dan kualiti bersatu.

Lihat semua vas & mangkuk

Storan yang berpakaian paling cantik

Unit media terapung dengan pintu venir kayu oak corak siku keluang berpasangan dengan indah dengan kayu dan bahan semula jadi lain di ruang itu. Penyusun atur dalaman betul-betul muat, memaksimumkan keupayaan storan sementara menyimpan semua kabel, pengecas dan alat elektronik lain dengan kemas dan tidak kelihatan sehingga diperlukan.

Lihat lebih banyak penyelesaian storan yang bergaya di rumah ini
Dua para di dalam almari terbuka dengan kotak di para bawah. Dulang RAGGISAR yang mengandungi item-item kecil terletak di lantai di hadapannya.
Kabinet BESTÅ venir kayu oak dengan lampu TONVIS dan pembesar suara Bluetooth terletak di atasnya, bersandar pada dinding ruang tamu berwarna coklat yang mempunyai gambar.
Lihat lebih banyak penyelesaian storan yang bergaya di rumah ini

Dunia bahan

Kombinasi tekstil dan gentian semula jadi melengkapi kayu berwarna gelap dan perincian krom di ruang ini, mewujudkan suasana hangat dan menjadikannya benar-benar nyaman dan selesa. Alas dan kusyen lembut, bakul rusiga dan langsir linen membantu meningkatkan lagi faktor keselesaan.

Lihat semua tekstil
Alas INGRUN berwarna kelabu disangkutkan pada lengan kayu kerusi dengan kusyen bercorak warna krim dan karat terletak di atasnya.
Kaki kerusi kayu berwarna gelap terletak di atas ambal pail rendah BRÖNDEN berwarna kuning air dengan tekstur berbeza.
Sarung kusyen RÖDASK berwarna kuning air dengan permukaan bercorak terletak di atas sofa warna karat di ruang yang disinari cahaya matahari.
Dua bakul TJILLEVIPS berisi kertas terletak lantai kayu, di sebelah vas kecil dan pokok.
Bahagian bawah langsir berwarna coklat dan kelabu terjuntai pada ambal LOHALS yang dibuat daripada jut
Lihat semua tekstil

Pencahayaan, betul-betul mengikut cara kesukaan anda

Pilihan lengkapan lampu yang menarik perhatian kelihatan betul-betul sesuai di samping perhiasan dan kerja seni di ruang ini. Oleh sebab penggunaan mentol yang kecil, ia menambah fungsi dan juga suasana. Dengan hanya menekan butang, cahaya di mana-mana ruang boleh dilaraskan sebaik-baiknya agar sesuai dengan aktiviti, majlis atau waktu.

Lihat semua pencahayaan pintar
Lampu lantai SIMRISHAMN bersadur krom dengan tiga terendak lampu putih opal bulat terletak di hadapan dinding berwarna coklat muda.
Lampu meja TONVIS dengan kaki kaca yang diasapi dan terendak lampu berwarna putih terletak di atas permukaan berwarna putih di sebelah pembesar suara Bluetooth ENEBY berwarna hitam.
Lihat semua pencahayaan pintar