Sembunyikan dan pamerkan: storan di seluruh rumah
Pangsapuri ini direka bentuk untuk penduduk bandar dengan gaya hidup sosial – membolehkan majlis makan malam dianjurkan tanpa persediaan, mempamerkan barang-barang kegemaran dan menyembunyikan benda-benda yang diperlukan tetapi tidak seharusnya kelihatan. Kurang ruang storan di sini, jadi ini memerlukan pemikiran yang kreatif, seperti sofa yang dapat memuatkan segala-galanya – termasuk benda-benda yang anda tidak jangkakan.



- Halaman maklumat produk
Bahagi dan kuasai ruang anda
Tinggal di pelan terbuka berfungsi dengan baik apabila ia dibahagikan kepada beberapa zon, dan rak sisi dua merupakan cara yang sangat sesuai untuk mengatur ruang ini dan menyimpan barang-barang kaca dekat dengan anda!

- Halaman maklumat produk
Apakah gaya almari pakaian anda?
Apabila fesyen penting, storan pakaian yang banyak memang perlu. Dengan almari pakaian bebas dan banyak cara untuk mengatur ruang di dalamnya, tidak akan timbulnya masalah di sini – walaupun ruang terhad.