Langkau ke kandungan utama

Selamat datang ke rumah berbilang generasi

Langkah ke dalam visi kami bagi rumah yang merangkumi tiga generasi. Direka bentuk untuk keluarga besar yang sangat gemar akan makanan dan berkongsi pengalaman, rumah ini memberikan privasi dengan bantuan pengaturan pintar, pilihan yang berfungsi dan ruang kongsi yang membolehkan kehidupan berjalan lancar.

Sebuah keluarga sedang duduk bersama-sama di meja makan STRANDTORP. Seorang bersiap sedia untuk menghidangkan makanan dari periuk berpenutup HUSKNUT.
Sebuah keluarga sedang duduk bersama-sama di meja makan STRANDTORP. Seorang bersiap sedia untuk menghidangkan makanan dari periuk berpenutup HUSKNUT.

Dapur yang tidak berselerak

Apabila mereka bentuk dapur kompak ini, falsafahnya tentu sekali ‘kurang benda lebih baik’. Memilih kemasan berkualiti tinggi dan bahan semula jadi membolehkan perkakas memasak yang biasa, aksesori dan pasu pokok mewujudkan suasana yang bergaya dan tenang.

Lihat lebih banyak inspirasi dapur
Permukaan kerja EKBACKEN dengan landas cencang ARTISTISK. Mangkuk kaca dan pasu pokok terletak di sebelah sink dengan paip ÄLMAREN.
Lihat lebih banyak inspirasi dapur

Storan di merata-rata tempat

Untuk keluarga yang bergilir-gilir memasak, dapur memerlukan banyak storan untuk periuk, kuali, pinggan mangkuk dan makanan yang setiap orang sukai secara bersama dan berasingan. Penyelesaian dari lantai ke siling memanfaatkan sepenuhnya ruang yang lebih kecil, dengan para dinding terbuka dan troli beroda untuk menyimpan item-item penting supaya mudah diambil.

Lihat semua storan dinding dapur
Banyak balang KORKEN kaca berisi makanan terletak di atas tiga para KUNGSFORS yang dilekapkan pada dinding.
Seorang sedang berdiri di dapur di sebelah troli KUNGSFORS sambil memegang bekalan memasak. Pintu kabinet terbuka di belakangnya.
Lihat semua storan dinding dapur

Ruang makan untuk semua majlis

Ada kalanya hanya keluarga, ada kalanya pula lebih ramai lagi! Ruang makan ini memenuhi keperluan semua jenis jamuan atau perjumpaan, dengan meja boleh dipanjangkan dan cahaya lampu pendan yang kelam untuk menambahkan lagi suasana.

Lihat semua meja makan
Meja makan STRANDTORP mempunyai lima kerusi NORDVIKEN di sekelilingnya. Dua lampu pendan NYMÅNE tergantung di atas lilin dan vas.
Lihat semua meja makan

Kelengkapan ruang makan sedia digunakan

Dengan kabinet yang penuh dengan kelengkapan hidangan dan kerusi boleh tindan terletak bersandar pada dinding sekiranya tetamu berkunjung, mudah sahaja untuk bersedia melayan mereka dalam sekelip mata. Apabila tidak digunakan, semuanya teratur dan disimpan agar tidak menghalang laluan sehingga diperlukan lain kali.

Lihat semua kabinet & almari
Dua kabinet REGISSÖR kayu berwarna gelap terletak bersandar pada dinding. Di atasnya terdapat lampu yang dinyalakan, gelas wain, mangkuk dan lilin.
Dua cawan berisi teh, teko teh dan snek terletak di atas dulang OMBONAD yang terletak di atas meja makan.
Lihat semua kabinet & almari

Ruang yang dibahagikan

Pembahagi ruang berpanel merupakan wira di rumah ini. Di ruang tamu, rangka kayu padu menjadi tumpuan sementara memberikan pilihan untuk mewujudkan ruang terasing sekiranya diperlukan.

Lihat semua pembahagi ruang
Pembahagi ruang RISÖR dengan rangka kayu berwarna gelap terletak dekat dengan sofa berwarna kelabu muda yang mempunyai dua kusyen.
Lihat semua pembahagi ruang

Jemput seorang, jemput semua ke ruang tamu

Dengan sofa yang luas dan selesa serta banyak kusyen untuk memberikan keselesaan, ruang tamu ialah tempat untuk bersantai bersama-sama. Sama ada untuk menonton wayang pada waktu malam atau bersembang dengan keluarga, keindahan ruang ini yang tidak menonjol juga praktikal, dengan para di bawah meja kopi untuk menyimpan buku dan kabinet TV yang lebih panjang.

Lihat lebih banyak inspirasi ruang tamu
Seorang dewasa sedang duduk di atas sofa ÄPPLARYD dan mencapai meja kopi LISTERBY yang mempunyai dulang, cawan, buku dan lilin.
Sarung kusyen KRYDDBUSKE, VIGDIS dan SPIKKLUBBA terletak di atas sofa. Ia berwarna kuning air, coklat keemasan gelap dan cetakan hitam dan putih.
Lihat lebih banyak inspirasi ruang tamu

Perlukan lebih storan? Bawanya ke luar.

Apabila cuaca mengizinkan, kenapa tak simpan barang-barang di beranda? Gunakan warna garang dengan memilih kabinet storan luar berwarna coklat-merah yang dihias dengan indah oleh hidupan tumbuhan dan koleksi pasu yang dipamerkan.

Lihat semua para & unit storan
Unit rak dengan kabinet KOLBJÖRN berwarna coklat-merah terletak di balkoni. Ia mempunyai tumbuh-tumbuhan dan sekumpulan pasu.
Lihat semua para & unit storan
Dua remaja sedang duduk di meja ALEX menghadap antara satu sama lain. Seorang ketawa sementara seorang lagi menunjukkan sesuatu pada telefon pintar.

Satu bilik tidur remaja, dua cara

Apabila remaja berkongsi sebuah bilik, bahagikan ruang kepada dua untuk membentuk kawasan berasingan yang lebih kecil yang boleh diatur dan dihias mengikut cita rasa dan gaya masing-masing.

Lihat idea bilik tidur yang dikongsi

Bilik mandi yang sibuk memerlukan pengaturan yang baik

Bilik mandi yang dikongsi tidak semestinya menjadi tidak teratur apabila ia didereti kabinet, cangkuk dan laci dalam yang menyediakan banyak storan dalaman – semuanya teratur supaya setiap benda mempunyai tempat masing-masing dan senang dicari.

Dua kabinet bawah sink GODMORGON dan cermin LINDBYN dilekapkan pada dinding bilik mandi. Seorang sedang duduk di atas tab mandi.
Sink HÖRVIK di atas kabinet bawah sink dengan salah satu laci ditarik keluar, menunjukkan alat solek dan aksesori teratur di dalamnya.
Dua kabinet tinggi GODMORGON terletak di dalam bilik mandi. Salah satu pintu yang terbuka menunjukkan para teratur dengan kelengkapan dandanan diri dan tuala.
Dinding bilik mandi berjubin yang mempunyai empat cangkuk SKOGSVIKEN berwarna hitam dengan dua tuala mandi kain wafel berwarna putih dan dua lagi berwarna hijau muda tergantung padanya.
Bekas dan bekas berus gigi SILVTJÄRN kaca terletak di atas permukaan rata. Terdapat tuala mandi VALLASÅN berwarna hijau di sekitarnya.