Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu serba guna yang mengutamakan ketenangan

Gabungan ruang tamu dan ruang makan memang biasa di seluruh dunia, tetapi yang ini mengambil pendekatan berbeza yang memberangsangkan. Keluarga muda yang tinggal di sini telah menyesuaikan ruang kecil ini mengikut keperluan dan minat khusus mereka – dengan memberikan tekanan yang kuat pada kesederhanaan, reka bentuk yang abadi dan bahan semula jadi.

Kombinasi kabinet dengan pintu buluh anyaman IVAR yang luas dihias dengan buku, kerja seni dan objek-objek peribadi lain.
Kombinasi kabinet dengan pintu buluh anyaman IVAR yang luas dihias dengan buku, kerja seni dan objek-objek peribadi lain.

Bentuk yang berfungsi

Di ruang kecil, setiap objek perlulah berguna – tetapi bagaimana pula dengan kelihatan indah? Ruang ini menunjukkan hal yang berlaku apabila kedua-duanya bercantum: setiap perabot mempunyai sekurang-kurangnya satu tujuan, dengan reka bentuk abadi yang mengindahkan lagi penampilan ruang ini.

Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue
Dua kerusi malas FRÖSET venir kayu oak berwarna putih berpasangan dengan bangku KYRRE untuk mewujudkan ruang duduk yang kasual.
Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue

Tidak ada apa-apa peraturan

Rumah anda merupakan ruang peribadi anda sendiri, oleh itu jadikannya berfungsi untuk anda dan hidup anda. Contohnya, pasangan ini tidak memiliki TV (mereka menggunakan komputer riba mereka sebagai pengganti), yang memberi mereka lebih kebebasan semasa melengkapi ruang tamu mereka. Daripada membeli sofa tradisional, mereka memilih dua chaise longue yang diletakkan sebelah-menyebelah untuk mewujudkan ruang bersantai yang nyaman dan selesa. Apabila rakan-rakan datang mengunjung, bangku dan kerusi malas yang ada berhampiran dapat memainkan peranan dengan pantas.

Lihat siri KIVIK
Dua chaise longue KIVIK diletakkan sebelah-menyebelah dan hujung ke hujung, untuk membentuk alternatif sofa terapung.
Tindanan bangku KYRRE yang dibuat daripada kayu birch, di hadapan radiator logam berwarna gelap dengan beg tergantung padanya.
Lihat siri KIVIK
Kabinet berpintu kaca RUDSTA berwarna antrasit menjadi tempat menyimpan koleksi buku, vas dan perhiasan di tepi langsir berwarna putih.
Memudahkan rumah anda bermakna menyimpan benda-benda yang penting bagi anda. Kenapa tak simpan barang-barang kegemaran anda di tempat yang anda boleh selalu lihat dan mengaguminya?

Hans BlomquistPereka hiasan dalaman

Gabungkan dan atasi

Meja makan buluh ini merupakan tempat kebanyakan makan lewat malam dan perjumpaan yang mesra diadakan dengan orang-orang yang disayangi. Tarikh akhir dikejar dan pemikiran kreatif juga berlaku di sini. Rahsia untuk memuatkan sangat banyak fungsi ke dalam satu ruang kecil bergantung pada storan fleksibel yang ada berhampiran. Bekalan pertukangan digantungkan pada rel, kelengkapan hidangan diuruskan oleh kabinet berkembar yang dibuat daripada kayu pain padu, dan dua unit laci yang ditempatkan di bawah menjadi tempat menyimpan kertas kerja

Lihat semua storan & pengaturan
Kabinet IVAR lekap dinding yang dibuat daripada kayu pain menyediakan storan yang luas di gabungan ruang makan dan ruang kerja dengan meja dan kerusi.
Tempat duduk dan penyandar kerusi VOXLÖV dibuat daripada pintalan kertas anyaman tangan.
Pelbagai jenis produk daripada siri NEREBY menghasilkan storan lekap dinding untuk alat tulis dan bekalan pertukangan.
Seorang wanita sedang duduk di atas kerusi pusing ODGER berwarna antrasit di tepi meja sambil menulis pada pad dengan pensel.
Unit laci beroda IDÅSEN berwarna coklat keemasan menambah storan fleksibel di gabungan ruang makan dan ruang kerja.
Lihat semua storan & pengaturan

Keperluan yang praktikal

Bahan semula jadi seperti buluh dan jut merupakan asas gaya nyaman dan selesa di rumah ini, ditambah dengan aksesori berwarna hitam dan penonjolan berwarna hijau.