Kemewahan tanpa berbelanja besar: rumah berbilang generasi untuk penggemar makanan
Apakah yang membuat rumah nyaman dan selesa? Tanya salah seorang daripada tiga generasi yang tinggal di sini dan semuanya akan bersetuju: di sinilah keluarga, makanan yang lazat dan masa yang menggembirakan bersatu. Anda akan menemui setiap satu dengan banyaknya di pangsapuri berinspirasi mereka, dilengkapi dengan keperluan asas yang biasa namun berfungsi pada harga rendah yang luar biasa.



Resipi hari ini: rumah berbilang generasi yang nyaman dan selesa, dihasilkan kurang daripada yang anda fikirkan. Siapa berasa lapar?

- Halaman maklumat produk
Perjumpaan besar tanpa berbelanja besar
Ruang makan yang besar nilainya ini dapat memuatkan seluruh keluarga dan banyak lagi: cantumkan dua meja MELLTORP, tambah lapan kerusi STEFAN dan akhirinya dengan dua lampu pendan SKURUP – semuanya pada harga kurang daripada RMxxx.
Hitam dan putih... memang tidak membosankan
Rumah yang ketara dan mengagumkan tidak perlu menjejaskan kewangan anda. Pereka hiasan dalaman Mia Gustafsson berkongsi cara anda boleh menggunakan asas berwarna hitam dan putih, dan menambah banyak kemesraan dan personaliti.

- Halaman maklumat produk
Lebih tidur, kurang berbelanja
Tak, anda tidak bermimpi! Mewujudkan sarang yang nyaman dan selesa dengan rangka katil upholsteri SLATTUM, set sarung kuilt dan sarung bantal SPIKVALLMO, serta dua lampu sorot dinding/pencengkam HEKTAR memakan belanja kurang daripada RMxxx.