Langkau ke kandungan utama

Kegembiraan mengadakan keraian di ruang kecil

Walaupun mereka pasti tidak akan mengadakan bankuet di dalam pangsapuri satu bilik tidur mereka yang kecil, pasangan ini telah menguasai seni menganjurkan majlis makan malam yang intim. Semuanya bergantung pada perancangan yang teliti, pinggan kecil berisi hidangan lazat yang berterusan dan menganggap penyediaan sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Permukaan kerja yang mempunyai blok pisau dengan pisau JÄMFÖRA berwarna hitam, landas cencang APTITLIG, balang KORKEN dan mangkuk berwarna putih.
Balang berpaip 5 liter VARDAGEN berisi lemonad terletak di atas landas cencang STOLTHET, dengan koleh di bawah paipnya.

Menetapkan suasana

Dengan penyediaan makanan dan minuman sedang dijalankan, tiba masanya untuk mewujudkan suasana! Mereka memainkan senarai lagu pilihan mereka dan menyalakan beberapa lilin, mewujudkan kehangatan yang sesuai di seluruh ruang mereka. Koleksi vas mereka yang mengagumkan diisi dengan bunga-bunga hidup – serta-merta menyerikan lagi majlis.

Lihat semua vas
Vas KONSTFULL berwarna hijau berisi air dan beberapa bunga yang bertangkai terletak di atas permukaan di samping tumbuh-tumbuhan hijau dan bunga lain.
Lihat semua vas

Tepukan yang gemuruh kepada barang-barang kaca yang indah!

Satu lagi faedah besar menjemput tetamu ke rumah? Menunjukkan barang-barang indah yang anda khaskan untuk majlis istimewa. Koleksi barang-barang kaca mereka, biasanya dipamerkan di dalam storan dapur mereka, menjadi tumpuan perhatian, menyerlahkan minuman yang paling biasa pun.

Lihat semua barang-barang kaca & jag
Serahi dengan penyumbat IKEA 365+ berisi air di belakang empat gelas berkaki OMBONAD berwarna kelabu yang terletak di atas dulang OSTBIT yang dibuat daripada buluh.
Serahi dengan penyumbat IKEA 365+ berisi air dan empat gelas berkaki OMBONAD, dua berisi air, terletak di atas dulang OSTBIT.
Lihat semua barang-barang kaca & jag

Tapas untuk semua orang

Dapur mereka mungkin kecil tetapi meja makan yang terletak dalam jangkauan bermakna terdapat ruang yang lebih daripada cukup untuk menghidangkan makanan mereka yang lazat sebaik sahaja dimasak. Daripada makan dengan duduk di meja, mereka memilih untuk menghidangkan makanan dalam pinggan kecil untuk dinikmati sepanjang malam, membolehkan mereka menjemput lebih ramai lagi.

Lihat semua perkakas hidangan
Penyepit TREBENT di atas piring sisi GLADELIG, dulang dengan 3 mangkuk TYNGDLÖS buluh/berwarna putih dan piring sisi terletak di atas meja.
Sepasang set penghidang salad GRÖNSAKER di dalam mangkuk hidangan, dengan tiga mangkuk di atas dulang di sebelahnya, semuanya terletak di atas meja.
Lihat semua perkakas hidangan
Seorang menjangkaukan tangannya di atas landas cencang STOLTHET yang mempunyai mangkuk GLADELIG dan pinggan, semuanya terletak di atas meja kopi BORGEBY.

Jamuan yang berbentuk perbualan

Duduk di sekitar sofa, semua orang dapat mengikuti perkembangan, berseronok berbual dan menikmati makanan dan minuman yang lazat. Tiga tepukan yang gemuruh kepada satu perjumpaan lagi dengan rakan-rakan pada waktu malam yang menyeronokkan!

Jadi tuan rumah kepada tetamu yang bermalam di ruang tamu anda