Guna semula, pembaikan, kitar semula, fikir semula: kehidupan yang lebih lestari dengan IKEA.
Di IKEA, kami berada dalam perjalanan yang menarik untuk menjadi perniagaan ekonomi pusingan menjelang tahun 2030, menjadikan kehidupan yang sihat dan lebih lestari serta lebih mampu dimiliki oleh orang ramai di seluruh dunia. Kami memikirkan semula tentang cara kami menjalankan perniagaan, daripada cara kami memperoleh bahan dan sumbernya kepada cara produk kami direka bentuk, diangkut, dijual dan – akhirnya – dikitar semula. Seperti apa-apa yang berfaedah, ia merupakan proses yang penuh dengan cabaran dan pengembaraan baharu, tetapi kami sedang menuju ke arah membantu mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai dan planet.



- Halaman maklumat produk
Reja hari ini ialah ambal hari esok
Ambal TÅNUM dibuat dengan tangan menggunakan reja daripada pengeluaran tekstil kapas IKEA, yang pastinya akan dibuang jika tidak digunakan. Selain mengubah sisa bagi tujuan lain, ia juga bermakna bahawa tidak ada dua ambal yang betul-betul serupa!

Petua berguna: pilih barang terpakai jika boleh
Jangan sesekali lupa bahawa perabot yang paling lestari ialah perabot yang telah pun ada. Jadi, membeli barang yang dikembalikan atau terpakai bukan sahaja lebih menjimatkan – ia juga lebih baik untuk planet!

- Halaman maklumat produk
Kenapa tak berikan nafas baharu kepada beg beli-belah anda?
Daripada beg beli-belah kepada bakul kain cucian hinggalah pasu reka ganti. Nampaknya tidak ada apa-apa yang tidak dapat dilakukan oleh beg FRAKTA yang sederhana!