Langkau ke kandungan utama

Di bawah satu bumbung: pangsapuri satu bilik tidur berbilang generasi

Tiga generasi tinggal di pangsapuri satu bilik tidur. Bagi sesetengah orang, ia mungkin bunyi macam terpaksa berhimpit-himpit, tetapi dengan merancang setiap ruang dengan teliti di samping mempertimbangkan pengaturan dan juga keselesaan dalam setiap langkah, keluarga ini bukan sahaja tinggal bersama – mereka segar-bugar.

Meja makan dengan lampu pendan. Seorang kanak-kanak bertatih, ibu dan nenek sedang duduk di sekeliling meja itu sambil makan dan ketawa.
Meja makan dengan lampu pendan. Seorang kanak-kanak bertatih, ibu dan nenek sedang duduk di sekeliling meja itu sambil makan dan ketawa.

Ruang tamu kecil untuk berehat dengan secukupnya

Penggemar kehidupan yang tenang selama ini, menambah seorang budak kecil di rumah mereka hanya menekankan perlunya ada ruang kongsi yang tenang. Walaupun keadaan senyap sama sekali tidak wujud lagi, ruang tamu mereka masih merupakan sudut yang nyaman dengan sofa yang selesa untuk merebahkan badan, mengunjurkan kaki dan memperlahankan rentak selepas hari yang sibuk.

Lihat semua sofa
Sofa tiga tempat duduk SÖDERHAMN, kerusi berlengan, langsir, lampu, ambal, meja dan sarung kusyen di ruang tamu.
Ruang tamu yang mempunyai sofa tiga tempat duduk SÖDERHAMN, kusyen dan dua kerusi berlengan di sekeliling meja kopi dengan buku-buku di atasnya.
Lihat semua sofa

Bawa tempat duduk ke ruang makan yang melakukan segala-galanya

Setiap rumah ada bahagiannya yang paling penting dan di pangsapuri yang kecil molek ini, ia merupakan ruang makan. Dengan kombinasi tempat duduk daripada kerusi tinggi kepada ergonomik, ada ruang untuk setiap orang – dan semua aktiviti! Kabinet pameran dan cetakan botani berbingkai menunjukkan personaliti, sementara perabot serba guna seperti troli menjadikan keadaan lebih praktikal.

Lihat semua kerusi
Kerusi tinggi kanak-kanak dengan dulang GRÅVAL terletak di ruang makan, dekat dengan meja yang boleh dipanjangkan, kerusi, lampu pendan dan langsir.
Tiga gelas wain SÄLLSKAPLIG terletak di atas meja, dekat dengan dua serahi kaca, pinggan, kutleri dan vas berisi bunga.
Lihat semua kerusi

Kabinet pintu kaca HAUGA berwarna kelabu terletak di ruang makan, dekat dengan perabot kayu, meja, lampu, vas dan tiga bingkai yang tergantung pada dinding.
Troli NISSAFORS berwarna hitam dengan periuk, mangkuk hidangan, kutleri, balang kaca dan dua serahi terletak di ruang makan.

Sedang memasak apa?

Kehidupan menjadi sibuk, tetapi masa sentiasa diluangkan untuk makanan yang dimasak sendiri. Ada kalanya ini kelihatan seperti membuat juadah mengikut buku resipi pada waktu petang di atas kaunter, ada kalanya pula ia merupakan penyediaan salad yang berkhasiat dengan cepat. Cangkuk dan rel melengkapkan ruang di dapur ini, bermakna setiap periuk, kuali dan perkakas dapur boleh diambil dengan segera.

Lihat semua cangkuk & penyusun dinding
Rel HULTARP berwarna hitam pada dinding dengan kuali, periuk dan perkakas memasak tergantung padanya, sementara balang kaca dan buku masak di bawahnya.
Dapur yang mempunyai bahagian depan dan laci ENKÖPING berwarna putih dengan perkakas memasak tergantung pada rel pada dinding di atas permukaan kerja.
Lihat semua cangkuk & penyusun dinding
Katil bayi SUNDVIK berwarna putih dengan sarung duvet dan sarung bantal kanak-kanak selain kusyen, alas, lampu, mainan dan ambal terletak di dalam bilik tidur.

Bersama-sama ke alam impian

Di rumah ini, mereka cuba mengikut rutin waktu tidur yang baik untuk bayi. Setiap malam, lampu malam yang hangat, kelengkapan tidur yang selesa dan cerita waktu tidur yang dikelilingi oleh mainan lembut kegemarannya menetapkan suasana untuk tidur malam yang nyenyak.

Lihat lebih banyak petua untuk memulakan kehidupan dengan bayi

Bilik tidur untuk dikongsi

Sebelum mempunyai bayi, bilik tidurnya ialah tempat ketenangan untuk melakukan aktiviti sendirian dan walaupun sekarang dia berkongsinya dengan teman sebilik yang menawan hati, terasnya tetap tidak berubah. Katil yang ditutupi dengan lapisan tekstil semula jadi menjadikannya sangat empuk dan meja yang teratur dengan baik memberinya zon khas untuk kerja-kerja menulis.

Lihat petua untuk mengemaskan katil dengan bergaya
Bilik tidur yang mempunyai rangka katil upholsteri IDANÄS berwarna kelabu gelap dengan set kelengkapan tidur berwarna kelabu dan merah jambu, meja dulang dan lampu meja.
Bilik tidur yang mempunyai meja HAUGA berwarna putih dengan kerusi pusing, sepasang langsir, alas berwarna kelabu-hijau, lampu kerja dan fail majalah.
Lihat petua untuk mengemaskan katil dengan bergaya

Satu bilik mandi untuk semua peringkat umur

Dikongsi oleh ketiga-tiga orang, mereka bergilir-gilir menggunakan bilik mandi supaya semua orang mempunyai masa masing-masing, menemui benda-benda yang mereka perlukan di dalam laci khas mereka. Mereka berasa bangga bahawa mereka telah mewujudkan keadaan yang begitu tenang dan teratur tanpa memiliki banyak ruang kosong dan jika ditanya, mereka akan memberitahu anda bahawa mereka tidak akan melakukannya dengan cara lain.

Lihat lebih banyak inspirasi bilik mandi
Bilik mandi yang mempunyai kabinet bawah sink HEMNES/RÄTTVIKEN berwarna putih, lampu dinding, bangku panjang storan, tab mandi bayi, alas kaki dan tuala.
Dua kabinet tinggi pintu kaca HEMNES berwarna putih, kelengkapan dandanan diri terletak di dalamnya, kotak berpenutup dan cermin di atasnya.
Lihat lebih banyak inspirasi bilik mandi