Gunakan katil anda bukan sekadar katil
Di kebanyakan rumah, katil ialah perabot penting bukan hanya pada waktu malam, tetapi sepanjang masa. Apabila ruang terhad, lebih bermanfaat untuk anda jika katil anda digunakan sepanjang hari.


Katil kongsi, aktiviti dibahagi
Langsir membahagi katil anda kepada dua bahagian membolehkan anda membuat aktiviti berbeza bersebelahan. Di satu bahagian, tempat untuk tidur atau berehat. Di sebelah lagi, pejabat rumah lengkap: semua yang anda perlukan boleh digantung di kaki katil, cahaya hala, kusyen untuk sokongan belakang dan meja komputer riba untuk sisi katil.
Ruang istirahat waktu siang untuk keselesaan santai
Sebaik sahaja alas katil dan set kusyen diletak, katil menawarkan tempat berkumpul yang sangat selesa untuk seisi keluarga. Mainan berpapan, alat belajar dan banyak lagi boleh disimpan di bawahnya. Manakala, bahagian atas boleh memainkan peranan sebagai ruang tamu kecil.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dicipta oleh
Pereka hiasan dalaman: Chiara Effroi Lutteri
Jurugambar: MÅns Jensen
Penulis: Henrik Annemark