Langkau ke kandungan utama

Idea hadiah perkahwinan yang akan memberi mereka permulaan baharu

Mencari hadiah perkahwinan yang sesuai menjadi semakin mudah sekarang. Sediakan pasangan pengantin baru ke arah kejayaan dengan hadiah yang meliputi segala-galanya daripada perkakas memasak, pembersih udara dan tekstil bilik mandi. Inilah pilihan terbaik kami untuk hadiah perkahwinan.

Set 9 unit perkakas memasak IKEA 365+ yang dibuat daripada keluli tahan karat terletak di permukaan atas kaunter.

Alu-alukan kemasukan mereka ke rumah baharu mereka dengan hadiah perkahwinan yang menyegarkan udara

Menyesuaikan diri dengan rumah baharu mereka menjadi lebih lancar apabila kualiti udara yang mereka sedut adalah lebih baik. Kejutkan mereka dengan hadiah perkahwinan yang berfungsi secara manual, mod automatik dan dengan teknologi IKEA Home smart untuk membersihkan udara di dalam udara mereka – mudah disediakan, diselenggarakan dan juga kelihatan hebat!

Terokai pembersih udara
Pembersih udara STARKVIND berwarna hitam terletak di atas permaidani di hadapan tumbuhan, tersedia dengan IKEA Home smart.
Terokai pembersih udara

Periuk dan kuali yang akan menjadi hadiah perkahwinan kegunaan rumah yang berguna

Sama ada mereka penggemar makanan atau cef profesional, kami ada perkakas memasak untuk pelbagai peringkat memasak. Beri mereka set periuk dan periuk bertangkai berpenutup kaca yang mudah dipegang sebagai hadiah perkahwinan. Hadiah perkahwinan kegunaan rumah kami merupakan perkakas dapur yang akan tahan bertahun-tahun lamanya.

Lihat set perkakas memasak
Lihat set perkakas memasak

Hadiah perkahwinan yang akan memenuhi rumah mereka dengan kegembiraan

Buatkan mereka berasa bangga apabila menjemput tetamu ke rumah mereka buat pertama kali dengan menghadiahi mereka sentuhan yang istimewa itu. Pelbagai jenis barang-barang kaca dan jag kami kelihatan indah di luar setanding dengan rasa jus, champagne atau wain yang lazat di dalamnya. Mereka akan menerima pujian daripada pengunjung mereka, dan anda pula akan menerima pujian daripada mereka. Situasi sama menang.

Lihat barang-barang kaca & jag
Mangkuk berpenutup SÄLLSKAPLIG yang bercorak terletak di atas meja kayu di ruang luar.
Pembancuh kopi dan teh EGENTLIG terletak di permukaan atas kaunter kayu sambil air panas dituang ke dalamnya.
Mangkuk hidangan DRÖMSK yang dibuat daripada keluli tahan karat berisi buah-buahan terletak di atas meja kayu.
Gelas wain SÄLLSKAPLIG terletak di atas meja dengan pinggan berisi salad dan segelas air.
Serahi STORSINT kaca jernih berisi wain terletak di sebelah kup champagne di atas meja.
Lihat barang-barang kaca & jag

Idea hadiah perkahwinan yang membolehkan mereka mencetuskan bakat cef tersembunyi dalam diri mereka

Biarkan mereka memulakan bab ini dengan cara baharu untuk memotong, mencencang dan memotong dadu. Buatkan mereka berasa selesa bekerja di dapur dengan landas cencang dan pisau kami. Rangkaian produk kami direka bentuk agar selamat, tahan lama dan cekap supaya mereka dapat bermula dengan baik untuk memasak di dapur mereka.

Temui pisau & landas cencang
Temui pisau & landas cencang

Bawa spa ke rumah mereka dengan hadiah perkahwinan untuk pasangan

Jadikan bermalas-malas pada waktu pagi mereka lebih selesa dengan jubah mandi kain tuala yang lembut dan selipar yang dibuat untuk membantu pasangan yang bahagia berasa nyaman dan selesa di rumah. Sekarang, mereka dapat duduk dengan senang dan menikmati kopi mereka pada waktu pagi atau menunggu tab mandi mereka diisi air dengan selesa. Hadiah perkahwinan yang membolehkan mereka berjalan di dalam rumah mereka bila-bila saja mereka sukai. Anda menjadikan semuanya mungkin.

Jubah mandi ROCKÅN terletak di atas katil dengan selipar TÅSJÖN di atas permaidani dan bantal KLUBBSPORRE di dalam bakul SNIDAD.

Pernahkah anda dijemput ke majlis perkahwinan? Jika ya, anda mungkin memerlukan hadiah perkahwinan. Berita baiknya ialah anda boleh menemui hadiah itu di sini. Lakukannya dengan segera dan temui semua inspirasi yang anda perlukan untuk mendapatkan hadiah perkahwinan. Satu-satunya perkara yang pasti ialah pilihan aksesori dan keperluan rumah kami tentu sekali memenuhi keinginan mereka.

Sama ada mereka menjadi tuan rumah perjumpaan kecil, majlis besar atau acara maya, beri mereka hadiah perkahwinan yang praktikal untuk menghormati majlis istimewa ini. Lagipun, detik penting ini merupakan permulaan bab baharu dalam hidup mereka. Jadi, pastikan hadiah perkahwinan anda dapat membantu mereka memulakan hidup baharu dengan langkah baik.

Walaupun hari yang ditunggu-tunggu mereka akan tiba dan berlalu, rumah mereka akan kekal sebagai bahagian yang penting dalam hidup mereka. Kenapa tak beri mereka hadiah perkakas memasak yang tahan lama atau sistem rumah pintar yang memastikan udara di dalam rumah mereka sentiasa segar seperti di luar rumah mereka? Daripada barang kegunaan rumah yang abadi untuk dapur kepada tekstil bilik mandi yang menyerupai spa seperti di rumah, anda pasti dapat menemui semua yang diperlukan.

Terokai rangkaian produk kami yang meliputi perkakas memasak, kelengkapan hidangan, tekstil dan aksesori dapur lain. Anda akan mendapat inspirasi daripada barangan yang boleh anda berikan kepada mereka untuk mengurus rumah impian anda. Dengan hadiah seperti ini, mereka akan berasa yakin dan sedia untuk menjemput rakan-rakan dan keluarga ke rumah mereka untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri atau bersantai pada waktu petang sambil menikmati teh dan snek. Apabila mereka ingin meluangkan masa bersendirian, kami ada pakaian santai untuk mereka berehat. Lihat semua idea hadiah perkahwinan kegemaran kami di sini.