Gaya musim luruh dijadikan mudah
Memandangkan kita menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah sekarang, maka sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuat sedikit penyesuaian. Dengan menukar sarung kusyen, menambah terendak lampu yang menimbulkan tanggapan ataupun alas, ruang tamu anda boleh menjadi sangat bergaya.


Tambah sedikit warna pekat
Berikan nafas baharu kepada sofa anda dengan menukar sarung pada kusyen anda. Jika anda sudah ada satu atau dua dalam warna kesukaan anda, gunakannya sebagai asas anda. Menambah terendak lampu yang menimbulkan tanggapan juga dapat menjadikan ruang tamu anda kelihatan lebih menarik.
Sentuhan terakhir
Apabila anda sudah membaharui kusyen anda, sentuhan terakhir ialah penambahan alas baharu. Pilih alas yang warnanya melengkapi kusyen dan sofa anda atau pilih warna neutral yang boleh anda terus gunakan pada musim-musim lain.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.