Dua cara yang bergaya untuk menghias semula bilik tidur anda
Tidur penuh bergaya! Di sini kami menunjukkan dua cara yang betul-betul berbeza untuk menceriakan bilik tidur anda untuk musim bunga – dan perkara yang anda perlukan untuk mencipta setiap penampilan.


Penampilan maksimalistik yang menyeronokkan
Pada dasarnya, ini merupakan bahagian dalaman yang dibuat agar tidak keterlaluan – bentuk yang lembut, rasa kayu, beberapa warna – yang membolehkan sentuhan akhir menghasilkan ekspresi yang besar. Bermain-main dengan menggabungkan warna dan corak benar-benar menempatkan katil di tengah-tengah bilik.
Corak organik, bentuk yang lembut – dan sedikit kelucuan
Menggabungkan corak dan warna yang berbeza – kami tidak kisah mengulangi ini – kerap mendatangkan hasil yang agak menakjubkan. Janga berasa malu, berseronoklah melakukannya! Namun begitu, kesannya semakin bertambah jika anda meninggalkan bahagian lain di dalam bilik itu lebih lembut – seperti permukaan dinding yang kosong dan kayu cerah.
Perbezaan antara penampilan minimalistik dan maksimalistik tidaklah begitu dramatik. Segala-galanya adalah tentang bagaimana perinciannya berfungsi bersama-sama.”
Elin Stierna, pereka hiasan dalaman IKEA
Kontras bertembung dalam penampilan minimalistik
Penampilan kedua ini membiarkan asas kelabu menghubungkan dinding, lantai dan tekstil katil bilik. Warna gelap dikontrakan dengan garisan dan serlahan halus bahagian dalaman menggunakan warna ketara. Perhatikan cara garisan berwarna merah pada dinding menyatukan dan menyerlahkan semua warna merah lain di dalam bilik.
Garisan halus dan kilasan warna
Penampilan ini dibentuk oleh interaksi garisan, warna dan kontras. Kusyen berwarna yang menyerlah, sementara garisan linen katil berwarna kelabu yang anggun menjadi penghubung antara dinding kusam dengan logam halus perabot.
Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.
Dibuat oleh
Pereka hiasan dalaman: Elin Stierna
Jurugambar: Henrik Petersson
Penulis: Henrik Annemark