Langkau ke kandungan utama

Dinding ajaib

Semua orang mempunyainya. Berkemungkinan anda sekarang dapat melihat ke atas dari skrin dan mendapati permukaan dengan potensi hebat yang tidak digunakan. Untuk mengemaskan keadaan, kami telah mengumpulkan idea-idea yang hebat untuk setiap ruang rumah. Dinding yang memberikan inspirasi, jika anda mahu.

Bersedia untuk berlepas

Sebagai tempat berlepas di rumah anda, ruang depan anda juga merupakan tempat yang sangat sesak. Memilih cara menegak bermakna kurang benda yang dapat melambatkan anda dan lebih ruang untuk barang-barang yang perlu. Misalnya banyak storan, tempat untuk duduk dan memakai kasut anda, hiasan dinding dan vas yang berisi sesuatu yang segar dan indah.

Gaya minimum, ruang maksimum

Bahagian hadapan kabinet seperti ini membantu mewujudkan penampilan yang lebih kemas di ruang yang sibuk. Selain gaya, barisan tambahan almari di atas menambah keupayaan storan yang sangat banyak. Sangat sesuai untuk barang-barang yang anda tidak gunakan selalu, tetapi masih mahu meletakkannya berhampiran.

Luahkan minat anda terhadap memasak

Ada sesuatu tentang warna, tekstur dan bentuk balang berisi makanan yang sedia untuk dimasak. Kenapa tak mempamerkannya dan membuat dinding dapur seperti pantri yang lengkap, menawarkan ramuan dan juga inspirasi untuk meneruskannya?

Ruang tamu yang ceria

Membiarkan dinding bilik mencerminkan peranannya di dalam rumah adalah logik dan juga estetik. Apabila melibatkan ruang tamu, prinsip itu membawa kepada kombinasi barang yang luas – hebat! Dengan mainan berpapan, buku, barang pameran dan hiburan sekali pandang – warna dinding boleh merupakan cara yang berkesan untuk menyatukan semuanya dari segi visual – anda bukan sahaja mendapat inspirasi pada hari hujan, tetapi juga gaya.

Dinding yang hebat untuk bekerja dan berseronok

Dengan menggunakan seluruh dinding ruang tamu anda, anda dapat mewujudkan ruang yang fleksibel untuk bekerja, hobi dan bermain. Kelilingi meja anda dengan para dan storan yang menyimpan semua yang anda perlukan untuk menyiapkan kerja. Untuk bertukar kepada keseronokan, tarik keluar meja untuk membuka kawasan itu, mendedahkan bangku panjang. Hanya dapatkan beberapa bangku tambahan untuk menikmati fika atau majlis bersama rakan.

Tersembunyi, kelihatan atau antaranya?

Terjaga daripada tidur dengan penuh inspirasi

Sebagai tempat yang tenang dan selesa, bahagian dalam yang lembut betul-betul sepadan dengan bilik tidur anda. Misalnya bahagian para dinding yang tidak menonjol. Ia berfungsi untuk storan dan juga barang-barang yang anda seronok ada berhampiran anda pada waktu pagi. (Tentu sekali, TV boleh jadi berguna. Akan tetapi tambah langsir yang bergaya, jadi anda tidak perlu melihatnya sepanjang hari.)

Pengembaraan di serata tempat!

Perasaan yang timbul apabila terdapatnya terlalu banyak keindahan untuk dilihat, terlalu banyak keseronokan untuk dilakukan. Memenuhi ruang, kecil atau besar, dengan stesen untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza dapat menimbulkan perasaan itu. Papan penyepit dan belebas gambar bukan sahaja membolehkan perasaan menjalar naik pada dinding, tetapi juga memudahkannya untuk diubah sambil masa berlalu (fikirkan tentang pameran seni yang berterusan).

Bagaimana dengan teringin hendak membasuh pakaian?

Membasuh pakaian merupakan sesuatu yang mudah berubah-ubah. Apabila tidak teratur, ia melemaskan anda. Apabila berjalan dengan lancar – dan ia betul-betul boleh – maka bahkan keseronokan mungkin dirasai. (Jika dinding tempat cucian yang menyenangkan itu tidak menawarkan masa berkualiti yang mencukupi, bawa bahan bacaan yang bagus untuk masa antara kitaran.)

Almari pakaian yang boleh dibina di mana saja

Sedikit keajaiban storan berfesyen untuk anda. Apabila langsir ditutup, ia hanya merupakan dinding keempat yang terselindung dengan lembut. Bukanya dan ruang bertukar menjadi bilik almari pakaian. Silakan menggunakannya di mana saja di dalam rumah anda

Ada tempat untuk segala-galanya